Harian Metro

Beri suapan RM500

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

 Pengurus restoran dipenjara sehari, denda RM10,000

Seorang pengurus restoran dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada penguat kuasa Majlis Perbandara­n Kluang (MPK), tahun lalu.

Lim Kim Chui, 60, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Kamarudin Kamsun selepas lelaki itu mengaku bersalah pada hari sebutan semula kes itu, semalam.

Pada 19 Mac lalu, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi rasuah kepada Pembantu Penguat Kuasa MPK, Sharulniza­m Isa, 27, sebagai dorongan membatalka­n dua kompaun MPK ke atas Restoran Ah Yu milik isterinya, Chun Nyuk, Kiow, 54.

Kompaun itu dikeluarka­n kerana pemilik restoran itu melakukan kesalahan meletakkan kerusi dan meja di kaki lima premis dan lebuh awam tanpa permit dan kebenaran

MPK. Perbuatan itu dilakukan di Jalan Majupadu, Taman Majupadu, Kluang pada 13 September 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar manakala tertuduh diwakili peguam Farhan Hamdan.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Farhan memohon jumlah denda dan penjara yang ringan memandangk­an anak guamnya menanggung tiga anak yang masih bersekolah.

Selain itu, katanya, tertuduh adalah orang kurang upaya (OKU) yang hilang keupayaan selepas menghidap angin ahmar.

Mahkamah kemudian menjatuhka­n hukuman berkenaan dan turut memerintah­kan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda, namun tertuduh membayar denda terbabit.

 ??  ?? PENGURUS restoran di Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada penguat kuasa MPK, tahun lalu.
PENGURUS restoran di Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada penguat kuasa MPK, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia