Harian Metro

Cekup pemandu lori tokan dadah

-

Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori tidak menyangka menerima kunjungan ‘tetamu’ di kediamanny­a pada awal pagi, sebelum dia diberkas kerana memiliki dadah.

Suspek berusia 29 tahun itu diberkas di kawasan pangsapuri berhampira­n Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, jam 1 pagi semalam.

Pemeriksaa­n mendapati lelaki berusia 29 tahun itu memiliki dadah syabu dianggarka­n seberat 52.33 gram dan bernilai lebih RM4,000.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Wangsa Maju.

“Maklumat yang kami terima mendapati suspek terbabit dengan aktiviti dadah sebelum pasukan polis membuat intipan di pangsapuri di Taman Melati.

“Kami mengenal pasti suspek menunggang motosikal di kawasan pangsapuri sebelum menahannya dan melakukan pemeriksaa­n,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n menemui empat peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah syabu dan wang tunai RM121 dari dalam poket kanan hadapan seluar suspek.

“Pemeriksaa­n mendapati suspek bekerja sebagai pemandu lori dan berasal Seri Kembangan, Selangor.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

“Bagaimanap­un, ujian awal air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia