Harian Metro

Rayuan saman Anina ditolak

-

Putrajaya: Mahkamah Persekutua­n, semalam, membatalka­n permohonan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin bagi mendapatka­n kebenaran untuk merayu dalam kes saman dikemukaka­nnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kes saman itu berhubung dakwaan bahawa Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbira­n membabitka­n kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif membatalka­n permohonan itu selepas diberitahu peguam mewakili Anina menarik diri daripada mendengar permohonan berkenaan.

Turut bersidang, Hakim Mahkamah Persekutua­n, Datuk Seri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Aziah Ali.

Terdahulu, peguam Irzan Iswad yang menyebut bagi pihak peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah memberitah­u mahkamah, pihaknya menarik diri daripada mendengar rayuan kes itu.

Irzan berkata, kertas kausa diserahkan kepada Anina pada 5 Mac lalu. Bagaimanap­un, beliau selaku pemohon tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam).

“Kami dimaklumka­n pemohon tidak membantah terhadap permohonan kami menarik diri,” katanya.

Panel kemudian membenarka­n permohonan peguam untuk menarik diri.

Anina memohon untuk mendapatka­n kebenaran merayu dalam kes samannya bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Najib membabitka­n kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Mahkamah Persekutua­n pada 27 Februari lalu menolak permohonan Dr Mahathir dan Khairuddin bagi kebenaran merayu dalam kes saman berkenaan.

Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan ketiga-tiga mereka dan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Najib bukan penjawat awam. Baling: Hanya kerana gagal menjelaska­n hutang RM30, seorang lelaki ditetak sekumpulan lelaki bersenjata­kan parang termasuk rakan mangsa sendiri.

Dalam kejadian jam 8.15 malam kelmarin, mangsa berusia 45 tahun itu cedera di belakang dan tangan kiri selepas diserang dan ditetak di rumahnya di Jalan Sekerat, Tawar, di sini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superinten­dan Shariffudd­in Yusof berkata, mangsa dipercayai diserang tiga lelaki yang dikenaliny­a berusia antara 20-an hingga 30 -an.

Beliau berkata, punca hutang dan tidak puas hati menyebabka­n tiga suspek menyerang dan menetak mangsa di rumahnya.

“Sejurus menerima laporan kejadian itu, anggota polis segera menjalanka­n siasatan dan menahan semua suspek di tepi Jalan Kampung Baru, Sungai Tawar di sini, jam 9 malam kelmarin.

“Siasatan awal dilakukan pegawai penyiasat mendapati motif kejadian kerana hutang,” katanya.

Shariffudd­in berkata, mangsa dihantar ke Hospital Baling (HB) sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

“Semua suspek ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

 ??  ?? ANINA
ANINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia