Harian Metro

PROTON terima 170 permohonan naik taraf pusat 3S, 4S

-

Proton Holdings Bhd (PROTON) sudah menerima 170 permohonan daripada pengedar sahnya untuk menaik taraf kepada pusat 3S atau 4S dalam tempoh tiga bulan lalu.

Dalam satu kenyataan, PROTON berkata, 82 daripada jumlah itu berpotensi untuk mendapat kelulusan dinaik taraf.

“Setakat ini, 66 permohonan sudah dinilai dan diluluskan dan selebihnya sedang diteliti untuk memastikan mereka patuh kepada setiap syarat dan kriteria yang ditetapkan.

“PROTON berharap untuk mencapai sasaran bagi menjalanka­n kenaikan taraf rangkaian pengedar pada tahun ini tepat pada masanya untuk pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) baru dan sejajar dengan sasaran yang ditetapkan dalam fasa pelan peningkata­n sehingga 2020,” katanya dalam kenyataan, semalam.

PROTON berkata, model pertama yang dihasilkan bersama Geely akan dijual melalui pengedar yang mampu memberikan pengalaman premium kepada pelanggan.

“2018 adalah tahun penting untuk PROTON selepas pengambila­lihan 49.9 saham oleh Geely. Syarikat sedang giat menjalanka­n pelbagai inisiatif secara dalaman untuk memastikan pemulihan yang berjaya dalam masa singkat.

“Dengan adanya rakan niaga baru ini, harapan dan usaha diketengah­kan dalam menaikkan nilai jenamanya di samping meningkatk­an usaha untuk mencapai matlamat bagi 109 pusat bertaraf 3S/4S sebagai langkah memenuhi kepuasan pelanggan dan pengalaman memiliki kenderaan PROTON,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia