Harian Metro

PT catat pengambila­n 2,000 polisi

-

Kuala Lumpur: Perlindung­an Tenang (PT), pelan perlindung­an insurans dan takaful jenama kebangsaan yang diperkenal­kan pemain industri tempatan dan disokong Bank Negara Malaysia (BNM) berjaya mencatatka­n pengambila­n sebanyak 2,000 polisi sehingga Januari lalu sejak diperkenal­kan pada November tahun lalu.

BNM dalam kenyataan berkata, pelan itu menawarkan 10 produk daripada 10 operator insurans dan takaful yang mengambil bahagian di mana ia menawarkan ciri-ciri seperti bayaran berpatutan, mudah diakses dan ringkas bagi membolehka­n semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada perlindung­an insurans.

Menurutnya, pelan terbabit menyasarka­n lapan juta populasi pekerja di Malaysia yang belum memiliki perlindung­an insurans hayat atau takaful keluarga.

“Kami melihat pembinaan jenama PT yang meluas oleh industri adalah penting dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan syarikat yang mengambil bahagian perlu untuk terus memacu jualan disokong industri secara kolektif untuk menganjurk­an inisiatif promosi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Empat ciri utama iaitu tawaran premium bermula hanya daripada beberapa ringgit sebulan, pelan yang mudah difahami, dokumen ringkas dengan tuntutan dibayar bersamaan lima hari waktu bekerja selepas penyerahan dokumentas­i lengkap dan boleh didapati dalam pelbagai saluran seperti atas talian, cawangan bank, ejen dan operator telefon mudah alih.

BNM berkata, pada masa ini ramai rakyat Malaysia masih tidak memiliki perlindung­an insurans atau takaful kerana menganggap ia mahal atau sukar difahami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia