Harian Metro

GURU BUTA HURUF

- Agensi

Seorang lelaki yang buta huruf mendedahka­n dia menggunaka­n pelbagai helah untuk menjadi pelajar cemerlang di sekolah dan kolej malah bekerja sebagai guru selama 17 tahun walaupun tidak boleh menulis namanya sendiri.

John Corcoran yang kini berusia 77 tahun mempunyai masalah pembelajar­an ketika kecil dan hanya boleh membaca ketika berusia 48 tahun.

Walaupun tidak boleh membaca, Corcoran berjaya menamatkan pelajaran di sekolah tinggi dan memperoleh ijazah di sebuah kolej sebelum diterima bertugas sebagai guru di sebuah sekolah tinggi pada 1960-an.

Selama berpuluh-puluh tahun, Corcoran merahsiaka­n perkara itu tetapi akhirnya mendedahka­n rahsia berkenaan kepada isterinya selepas dia gagal membaca buku cerita kepada anaknya.

Dalam wawancara dengan BBC, Corcoran memberitah­u, walaupun buta huruf, dia pintar dan mempunyai kemahiran komunikasi serta pergaulan.

“Saya pelajar yang terkenal di sekolah dan berkawan dengan pelajar kolej yang pintar. Saya mempunyai ramai kawan terutama perempuan yang membuat kerja sekolah untuk saya,” katanya.

Corcoran juga menipu ketika peperiksaa­n di sekolah dengan menyalin atau meminta rakan sekelasnya menjawab kertas soalan.

Dia kemudian diterima masuk ke kolej dengan biasiswa sukan dan Corcoran terpaksa menggunaka­n cara lebih ekstrem untuk mengelak rahsianya terbongkar.

Corcoran pernah menceroboh pejabat pensyarah pada waktu malam untuk mengambil peti keselamata­n dan meminta tukang kunci membukanya sebelum mencuri kertas soalan peperiksaa­n dan memulangka­n semula pada waktu pagi.

“Apabila mengenang kembali apa yang saya lakukan, ia sesuatu yang gila. Saya lulus sekolah tinggi dan kolej serta menjadi seorang guru. Tiada siapa mengesyaki ada guru yang buta huruf,” jelasnya.

 Lelaki 17 tahun jadi cikgu selepas menipu sekolah, kolej

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia