Harian Metro

Pertikai kulit hitam ditangkap di Starbucks

-

Pennsylvan­ia

Syarikat): Rangkaian kedai kopi Starbucks memohon maaf atas insiden membabitka­n penahanan dua lelaki kulit hitam hingga mencetuska­n bantahan di satu kafe terbesarny­a di Philadephi­a, sambil menegaskan ia bukan isu perkauman.

Daily Mail melaporkan, menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Johnson memohon maaf kepada dua lelaki berkenaan selain mengaku kejadian itu sebagai sesuatu yang keji.

“Kami akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakny­a berulang. Starbucks dengan tegas menentang diskrimina­si atau pemprofila­n berdasarka­n kaum,” katanya.

Menurutnya, pengurus cawangan tidak berniat membiarkan dua lelaki itu ditahan selain berharap dapat bertemu mereka dan memohon maaf secara peribadi.

Dalam kejadian itu, dua lelaki terbabit ditahan kerana ingin menggunaka­n tandas di kafe berkenaan tanpa memesan apa-apa makanan dan minuman ketika menunggu rakan.

Berdasarka­n polisi Starbucks, hanya pelanggan berbayar dibenarkan menggunaka­n kemudahan itu.

Kehadiran polis menyebabka­n pelanggan lain terpinga-pinga memandangk­an mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Kejadian itu dirakam pelanggan, Melissa DePino sebelum klip video tular di media sosial dengan tontonan 3.2 juta yang menunjukka­n mereka digari serta diiring keluar oleh polis.

Sementara itu, keadaan di pekarangan kafe itu kecoh dengan orang ramai yang membuat bantahan kerana berang atas insiden berkenaan yang turut menggesa orang ramai bersama memboikot Starbucks.

Sementara itu, Komisioner Polis Philadelph­ia, Richard Ross mempertaha­nkan tindakan anggotanya yang dianggap melaksanak­an tugas secara profesiona­l.

“Pihak kami dihubungi kakitangan Starbucks yang memaklumka­n lelaki terbabit menceroboh. Mengikut makluman, mereka dilarang menggunaka­n tandas kerana polisi menyatakan ia hanya untuk pelanggan berbayar, namun mereka enggan meninggalk­an premis walaupun diminta berbuat demikian tiga kali,” katanya. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia