Harian Metro

‘Terima kasih West Brom’

-

London: Vincent Kompany meraikan kejayaan Manchester City menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama peminat Manchester United dan kemudian mencabar kelabnya mencipta kejayaan sekali lagi pada musim hadapan.

City meraikan kejuaraan itu tanpa perlu perlu beraksi selepas lawan mereka, United mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada West Bromwich Albion di Old Trafford.

Tandukan Jay Rodriguez pada separuh masa kedua oleh kelab tercorot itu memberi peluang pemain City dan penyokongn­ya di seluruh Manchester meraikan kejayaan merangkul kejuaraan.

Kompany yang juga kapten City menyaksika­n perlawanan itu di kediamanny­a bersama isterinya, Carla Higgs, yang turut membawa ayahnya, peminat setia United.

Sesi tontonan mereka sekeluarga itu mendapat perhatian media sosial selepas gambar ayah Carla yang memakai jersi United sementara Kompany meraikan kejayaan kelabnya di muat naik di laman sosial.

“Ia menunjukka­n bagaimana bola sepak di Manchester apabila kami mempunyai Red di dalam keluarga ini dan juga Blues, tetapi hari ini adalah hari buat The Blues. Ia sebenarnya adalah kelakar. Ia adalah hari yang hebat,” kata Kompany.

Kompany dilihat bercakap bersama rakan pasukan City, Kevin De Bruyne dan Kyle Walker menerusi aplikasi Face-time bagi meraikan kejayaan mereka dengan nenek Carla menanyakan mereka “Adakah mereka mahu datang?”

Kompany bersama kelab City sejak tahun 2008, dengan memainkan peranan utama dalam kelab itu.

Pemain berumur 32 tahun itu tampil dalam ketiga-tiga kejayaan EPL yang dijulang City selain kejuaraan Piala FA dan Piala Liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia