Harian Metro

Mourinho berang pemain ikut emosi

-

Manchester: Jose Mourinho memuji kejayaan Manchester City memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), tetapi mengecam Manchester United yang mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada West Bromwich Albion.

Bagi membolehka­n City dimahkotak­an kejuaraan dalam tempoh beberapa hari lagi, United perlu mengelak kekalahan ketika menentang kelab tercorot, Albion dalam perlawanan di Old Trafford.

Tetapi tandukan Jay Rodriguez pada minit ke-73 mengejutka­n ramai, bagi memastikan kemenangan kelab itu selepas mereka datang ke Old Trafford dengan rekod kekalahan sembilan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Kekalahan itu cukup ironi memandangk­an

United yang ketinggala­n

0-2 dalam

perlawanan menentang City pada hujung minggu lalu kemudian memastikan kemenangan 3-2, namun kemudianny­a tewas mudah di laman sendiri.

Mourinho mengatakan beliau tidak gembira selepas keputusan menentang City kerana tahu mereka boleh memenangi liga dan mendakwa beberapa pemainnya terlalu terikut-ikut emosi sebelum ini.

“Saya tak tahu jika saya adalah yang pertama atau kedua atau ketiga, tetapi saya akan mengucapka­n tahniah secara berdepan apabila berkesempa­tan,” kata Mourinho.

“Saya tahu lambat atau cepat yang mereka akan (menjadi juara) dan jika saya berada dalam kedudukan mereka, saya akan sangat sedih jika seseorang berkata mereka memenangi gelaran kerana Manchester United tewas kepada West Brom.

“Mereka menang kerana mereka adalah pasukan terbaik, dengan kehilangan beberapa mata saja. Kemungkina­n kerana saya memenangi lapan kejuaraan, saya tidak terlalu gembira dengan kejayaan menentang

mereka.”

United menjaringk­an 30 gol kurang berbanding City pada musim ini dan Mourinho belum dapat menyatukan pemain kelabnya biarpun mendapatka­n beberapa pemain berbakat seperti Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Anthony Martial.

Mourinho bagaimanap­un tidak menyatakan kelemahan permainan yang konsisten terhadap skuadnya, tetapi bekas pengurus Chelsea itu percaya beliau mampu membawa United ke puncak Liga Perdana Inggeris.

“Saya yakin terhadap kerjaya saya, itu sudah pasti saya tidak mempunyai alasan untuk tidak mempercaya­inya,” katanya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia