Harian Metro

Gah tanpa 2 jagoan

- AFP

 Real Madrid masih mampu benam Malaga biarpun tanpa Ronaldo dan Bale

Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale direhatkan, namun Real Madrid tidak menghadapi masalah menewaskan Malaga 2-1 untuk memanjat ke kedudukan ketiga saingan La Liga.

Isco menjaringk­an satu gol dan kemudian membantu satu lagi jaringan di La Rosaleda dalam kemenangan selesa skuad Los Blancos susulan kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Juventus pada Rabu lalu.

Diego Rolan menghadiah­kan gol saguhati buat Malaga pada akhir perlawanan tetapi keputusan masih tidak mengubah apa-apa.

“Hari ini saya boleh bergembira dengan tugas yang dilakukan dengan baik,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Seperti Bale dan Ronaldo, Luka Modric serta Raphael Varane juga terpaksa dipinggirk­an dengan perlawanan penting separuh akhir Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich akan berlangsun­g pada minggu hadapan.

Tetapi Isco menggunaka­n peluangnya ketika bermain di Jerman dengan melakukan sepakan bebas yang Ronaldo dan Bale pasti akan berbangga dengannya selain kerjasama baik bersama Casemiro apabila dia tidak dapat memboloska­n diri secara solo dengan mudah.

Selepas menjaringk­an gol pertama buat Real daripada sembilan penampilan­nya menentang kelab terdahulu, Isco mengangkat tangan membuat tanda maaf dan menerima sambutan hangat daripada peminat Malaga apabila dia digantikan pemain lain di babak kedua.

“Dia sering menjadi pemain penting meskipun apa orang ramai berfikir mengenainy­a,” kata Zidane mengenai Isco.

“Dia adalah penting biarpun jika seseorang berfikir yang saya mahukan pemain lain dalam fikiran saya.”

Kejayaan bermakna Los Blancos mengatasi Valencio, yang ditewaskan Barcelona dalam perlawanan Sabtu tetapi kekal empat mata di belakang Atletico Madrid di tempat kedua.

Sementara itu Malaga ke- kal di tangga tercorot liga apabila mengumpul 14 mata di belakang pasukan di tempat ke-17, Levante yang terdahulu ditundukka­n Atletico 3-0.

 ??  ?? PEMAIN Malaga, Diego Rolan menjaringk­an gol ketika bertemu Real Madrid, awal pagi semalam.
PEMAIN Malaga, Diego Rolan menjaringk­an gol ketika bertemu Real Madrid, awal pagi semalam.
 ??  ?? CASEMIRO meraikan jaringan ke atas Malaga.
CASEMIRO meraikan jaringan ke atas Malaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia