Harian Metro

Skuad Kuantan FA hilang?

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Apakah nasib bakal menimpa Kuantan FA selepas kelab itu gagal muncul pada saingan Liga Perdana menentang pasukan PDRM di Stadium Shah Alam malam kelmarin?

Lazimnya, mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perlawanan, mereka kemungkina­n berdepan risiko tersingkir daripada saingan musim ini.

Berdasarka­n kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), mereka memandang serius perkara itu dan bersedia mengenakan hukuman berat dengan membatalka­n penyertaan pasukan terbabit.

“Sekretaria­t MFL akan memajukan perkara ini kepada Lembaga Pengarah MFL untuk membatalka­n penyertaan Kuantan FA dan sudah pasti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga akan memberi hukuman yang setimpal terhadap mereka.

“Hukuman yang sewajarnya bakal menyusul bukan setakat kepada pasukan terbabit malah kepada individu yang terbabit bagi memastikan mereka tidak menceburka­n diri dalam bola sepak tempatan lagi,” kata MFL.

Mengulas lanjut mengenai masalah tunggakan gaji selama tiga bulan yang dihadapi pasukan itu sekali gus menjadi punca pemain tidak mahu beraksi, MFL menegaskan pihaknya sudah berlaku adil kepada pemain dan juga pegawai apabila membayar gaji sebulan menerusi geran pasukan bagi musim ini.

“Bantuan ini diberikan dengan harapan ia dapat memberi peluang kepada pengurusan pasukan untuk menyelesai­kan masalah ini dan terus mengharung­i liga.

“MFL turut menerima banyak jaminan di mana mereka akan menyelesai­kan semua masalah dengan penajaan baru yang akan masuk. Namun, ia tetap gagal dan satu keputusan harus dimuktamad­kan,” katanya.

Terdahulu, aksi Liga Perdana membabitka­n PDRM dan Kuantan FA yang sepatutnya berlangsun­g di Stadium Shah Alam dibatalkan susulan kegagalan pemain skuad The Seagulls itu untuk hadir ke stadium sehingga perlawanan dimulakan.

Insiden itu menyaksika­n pengadil mengesahka­n perlawanan tidak dapat dilangsung­kan tepat jam 9 malam dan PDRM diberi kemenangan 3-0 sekali gus meraih tiga mata percuma.

Pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria mengesahka­n masalah tunggakan gaji yang dialami menjadi punca pemainnya menolak untuk turun ke padang pada perlawanan bertemu skuad bimbingan

 Kelab itu gagal hadiri perlawanan, berdepan risiko disingkir

Zulhamizan Zakaria itu.

Ismail turut menjelaska­n betapa beliau sudah tidak mampu berbuat apa-apa selepas pasukan berkenaan dipercayai sepakat enggan beraksi pada perlawanan ketujuh Liga Perdana itu.

 ??  ?? PEMAIN Pulau Pinang, Sanna Nyassi (kiri) dikawal pemain Kuantan FA, Alexandru Tudose pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang, Selasa lalu.
PEMAIN Pulau Pinang, Sanna Nyassi (kiri) dikawal pemain Kuantan FA, Alexandru Tudose pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia