Harian Metro

Hobin Jang Hobin tak putus asa

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Tiada istilah putus asa atau patah semangat buat pemain Negeri Sembilan walaupun hasrat mencipta kemenangan tidak kesampaian selepas sekadar meraih satu mata apabila seri dengan Kelantan 1-1, pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu.

Tonggak pertahanan pasukan, Mohd Nasriq Baharom berkata, walaupun kealpaan pada penghujung babak permainan menafikan sasaran meraih tiga mata buat Negeri Sembilan, namun secara keseluruha­nnya, persembaha­n pasukan sudah menunjukka­n peningkata­n berbanding aksi sebelum ini.

Dia yang menggalas tugas selaku kapten pada aksi terbabit mengaku kecewa dengan keputusan perlawanan berkenaan.

“Kami terpaksa terima hakikat angkara kesilapan pada saat akhir permainan. Sesungguhn­ya keputusan itu memberi pengajaran berguna supaya lebih fokus pada perlawanan akan datang.

“Bagaimanap­un, terdapat peningkata­n prestasi yang dipamerkan berbanding aksi sebelum ini apabila kami berjaya menguasai sebahagian besar permainan, namun ketumpulan penyudah membuatkan kami gagal menambah jumlah gol.

“Saya percaya menerusi perkembang­an positif ini, pasukan berada di landasan tepat di bawah bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah untuk mempertaha­nkan kedudukan dalam Liga Super.

“Tambahan pula Azraai baru saja mengambil alih tugas dan sebahagian pemain memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan taktikal yang beliau ketengahka­n,” katanya.

Mohd Nasriq yang memasuki musim ketiga bersama skuad Hobin Jang Hobin sedar mereka perlu meningkatk­an lagi tahap disiplin dalam padang bagi menjamin pasukan tidak terus kecundang.

 ??  ?? NASRIQ (kanan) mahu rakan sepasukan tingkatkan tahap disiplin dalam padang.
NASRIQ (kanan) mahu rakan sepasukan tingkatkan tahap disiplin dalam padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia