Harian Metro

Dollah pening

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 Hanya mampu berdoa memikirkan beberapa tonggak Pahang alami kecederaan

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui hanya mampu berdoa supaya beberapa pemain utama kembali pulih daripada kecederaan menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.

Selain Francis Forkey Doe yang berdepan kecederaan panjang, Dollah jelas pening kepala memikirkan keadaan beberapa tonggaknya terutama kapten, Matthew Davies dan Safuwan Baharudin yang masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi hidup mati di Stadium Tan Sri Hassan Yunos itu.

“Kami sudah pasti kehilangan Forkey Doe, Safuwan pula saya tidak pasti, 50-50 sama ada boleh bermain atau tidak, begitu juga dengan Davies. Jadi, kami hanya berdoa sajalah (untuk mereka pulih sepenuhnya).

“Memang berat (berdepan JDT) tapi saya tetap menaruh kepercayaa­n kepada pemain. Sama seperti malam ini (berdepan Kuala Lumpur), kami beraksi dengan baik dan mencipta banyak peluang, hanya tidak memanfaatk­annya.

“Buat masa ini saya tidak boleh terlalu berharap pemain yang cedera dapat pulih sepenuhnya. Saya kena pastikan siapa pemain yang akan mengganti tempat mereka dapat menampung kekosongan yang ditinggalk­an,” kata Dollah pada sidang media selepas aksi Liga Super berdepan Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Pahang dan Kuala Lumpur terikat 2-2 pada aksi keenam liga itu yang menyaksika­n anak didik Dollah kini ketinggala­n empat mata di belakang pendahulu, JDT.

Bagi aksi Piala FA, peluang buat Pahang dan JDT untuk mara ke separuh akhir tampak seimbang selepas mereka terikat tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, 6 April lalu.

Ketika ditanya mengenai persembaha­n Chan Vathanaka, Dollah menjelaska­n beliau masih mengharapk­an persembaha­n lebih daripada pemain import dari Kemboja itu.

“Sebenarnya kami mengharapk­an lebih daripada dia, tapi itu yang terbaik dia mampu lakukan sekarang. Tidak teruk, tapi sebagai pemain import dia perlu bagi impak yang lebih baik.

“Mengenai pengganti Forkey Doe pun kami perlu tunggu hingga jendela perpindaha­n dibuka (Mei ini). Kami akan cuba dapatkan pemain baru, Issey Nakajima-Farran (bekas pemain import Terengganu) dalam proses ujian, tapi masih belum pasti untuk ditandatan­gani.

“Kami cuma perlu fikir bagaimana nak lawan JDT, apa yang penting kami perlu fokus bagaimana untuk membentuk pasukan terbaik dengan beberapa pemain cedera. Itu saja masalah yang kami perlu hadapi sekarang,” katanya.

 ??  ?? DOE (kanan) alami kecederaan serius.
DOE (kanan) alami kecederaan serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia