Harian Metro

Durakovic puas atasi PKNP

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya biarpun mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam saingan Liga Super di Stadium Baru Kawan, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Dengan kemenangan itu, Perak berada dalam kelompok empat pasukan teratas dan Durakovic nyata gembira dengan pencapaian anak buahnya.

“Berada dalam kelompok empat pasukan teratas adalah satu kedudukan baik. Saya berharap kami mampu mengekalka­n pencapaian ini,” katanya.

(gambar)

Beliau berkata, kejayaan malam kelmarin melonjakka­n semangat anak buahnya menjelang perhitunga­n dengan PKNS FC dalam suku akhir kedua Piala FA, Sabtu ini.

Perak tumpas 1-2 pada pertembung­an pertama di Stadium Shah Alam, 7 April lalu dan menurut Durakovic, pertemuan kedua itu tidak mudah.

“Dua-dua pasukan bermain cemerlang untuk mencari kemenangan. Ia perlawanan menarik di atas permukaan padang yang baik,” katanya.

Sementara itu, Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, beliau akur akan kelebihan Perak yang disifatkan­nya pasukan mantap dan seimbang.

“Import Perak lebih berkualiti berbanding kami. Mereka turunkan semua lima pemain sedangkan kami hanya mendapat khidmat tiga saja. Itupun dua daripada mereka digantikan tenaga pemain tempatan pada babak kedua,” katanya.

Walaupun berjaya memberi saingan dan merapatkan jurang melalui Shahrel Fikri tetapi gol kedua yang dicari tetap tidak kunjung tiba,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia