Harian Metro

‘Senjata rahsia’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

 Gandingan bidan terjun Vivian-Mei Kuan hadapi cabaran di pusingan akhir Piala Uber

Pasangan bidan terjun, Vivian Hoo-Chow Mei Kuan mampu menjadi ‘senjata rahsia’ skuad badminton wanita negara menjelang pusingan akhir Piala Uber di Bangkok, Thailand yang bermula 20 hingga 27 Mei ini.

Ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak

berkata, aksi cemerlang dipamerkan gandingan itu ketika memenangi pingat emas Sukan Komanwel, semalam memberikan dirinya lebih banyak pilihan bagi menentukan barisan beregu yang akan diturunkan di Bangkok nanti berdasarka­n kekuatan dan kelemahan setiap lawan yang ditemui.

Vivian-Mei Kuan cemerlang apabila meraih emas acara beregu di Gold Coast selepas menewaskan pasangan England, Lauren Smith-Sarah Walker 21-12, 21-12 dalam aksi final.

“Saya gembira melihat prestasi mereka sepanjang Sukan Komanwel memandangk­an mereka hanya digandingk­an sebulan sebelum temasya itu. Keputusan untuk menggandin­gkan Vivian dengan Mei Kuan selepas Woon Khe Wei cedera adalah berdasarka­n kekuatan individu yang dimiliki mereka.

“Disebabkan masa terlalu singkat, kami tidak boleh terlalu melihat kepada keserasian. Boleh dikatakan kami hanya menggandin­gkan mereka tanpa terlalu fikir mengenai risikonya.

(gambar)

“Namun, kedua-duanya beraksi dengan baik dan berjaya memenangi emas. Sudah pasti, gandingan mereka ini memberi lebih banyak pilihan kepada saya untuk menurunkan beregu terbaik pada Piala Uber nanti.

“Kami sudah tahu siapa lawan yang akan kita temui nanti dalam aksi kumpulan, jadi kami boleh mengatur strategi bermula dari sekarang berdasarka­n kekuatan pihak lawan nanti,” kata Rosman.

Di Bangkok, skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, China, Indonesia dan Perancis.

Rosman berkata, sebagai persiapan ke Piala Uber, dia akan terus melakukan eksperimen dengan menggandin­gkan Vivian bersama Goh Yea Ching pada saingan Terbuka New Zealand yang bermula 1 hingga 6 Mei ini.

“Mei Kuan akan kembali bersama gandingan asalnya, Lee Meng

Yean. Cuma,

Vivian akan digandingk­an dengan Yea Ching di New Zealand kerana Khe Wei masih lagi dalam proses pemulihan.

“Ini juga sebagai salah satu persiapan beregu wanita untuk menghadapi Piala Uber. Lebih banyak pilihan kombinasi yang kita ada, lebih bagus untuk pasukan. Saya akan nilai setiap pasangan sama ada mereka bersedia atau tidak,” kata Rosman.

 ?? Rosman Razak ?? Lebih banyak pilihan kombinasi yang kita ada, lebih bagus untuk pasukan. Saya akan nilai setiap pasangan sama ada mereka bersedia atau tidak” AKSI Vivian (kanan) dan Mei Kuan pada final beregu wanita, kelmarin.
Rosman Razak Lebih banyak pilihan kombinasi yang kita ada, lebih bagus untuk pasukan. Saya akan nilai setiap pasangan sama ada mereka bersedia atau tidak” AKSI Vivian (kanan) dan Mei Kuan pada final beregu wanita, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia