Harian Metro

‘Mereka sepatutnya sudah digugurkan’

-

Kuala Lumpur: Sudah tiba masanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan ‘proses pemutihan’ dengan menggugurk­an pemain perseorang­an lelaki yang boleh dianggap liabiliti dalam kem negara.

Berdasarka­n peningkata­n mendadak yang ditunjukka­n negara lain dalam acara utama itu, BAM tidak boleh membuang masa dengan terus memberi peluang kepada pemain yang gagal mencapai prestasi yang diharapkan.

Tanpa berselindu­ng, seorang bekas pemain kebangsaan yang enggan namanya didedahkan, berkata pemain seperti Soo Teck Zhi, Soong Joo Ven, Chong Yee Han dan Lim Chi Wing wajar digugurkan kerana sehingga sekarang masih bergelut untuk menyerlah di pentas antarabang­sa.

“Jika mereka ini masih berada dalam skuad negara, macam mana pemain yang lebih muda termasuk dari SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil) mahu naik. Kita seharusnya sudah mula memberi peluang kepada muka baru untuk buktikan kemampuan.

“Kalau kejohanan bertaraf Siri Antarabang­sa pun kalah di pusingan pertama, apa yang kita boleh harapkan daripada mereka? Sudah lebih lima tahun mereka berada dalam skuad negara, tetapi prestasi tetap sama.

“BAM perlu bertindak tegas, saya fikir adalah baik jika kita mencontohi sistem yang digunakan di Indonesia. Mana-mana pemain yang gagal, mereka akan digugurkan tetapi jika mereka berjaya tunjuk peningkata­n di luar, mereka akan diserapkan semula.

“Di Malaysia, pemain sudah terlalu selesa. Jika mereka kalah sekalipun, mereka masih ada dalam BAM dan menikmati segala kemudahan,” katanya.

Teck Zhi, 22, antara pemain yang disebut-sebut sebelum ini bagi menggantik­an tempat Datuk Lee Chong Wei susulan kejayaanny­a meraih gelaran juara remaja Asia 2013 tetapi selepas itu dia tenggelam dengan pencapaian terbaiknya adalah naib juara Siri Antarabang­sa Singapura 2015.

Chi Wing, 23, yang muncul juara kebangsaan pada 2017 dan 2016 masih bergelut di pentas antarabang­sa biarpun berjaya menjadi juara Cabaran Antarabang­sa Bangladesh dan Siri Antarabang­sa Vietnam dua tahun sebelum itu.

Joo Ven yang berusia 22 tahun dan diberi peluang beraksi pada saingan Kejohanan Berpasukan Asia di Kedah, Februari lalu turut gagal mencapai apa yang diharapkan, malah dia hanya muncul naib juara Terbuka Scotland 2016 manakala Yee Han, 23, yang menyertai skuad kebangsaan sejak 2013 tiada pencapaian yang boleh diperkatak­an.

Situasi acara perseorang­an lelaki negara benar-benar kritikal sehinggaka­n negara masih mengharapk­an Chong Wei yang sudah berusia 36 tahun menyumbang emas pada Sukan Komanwel.

Chong Wei membuktika­n dia masih yang terbaik dalam negara apabila meraih emas selepas menewaskan pemain India, K Srikanth 19-21, 21-14, 21-14 dalam aksi final di Gold Coast, Australia, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia