Harian Metro

Zaqhwan tidak sertai ARRC Australia, Azlan buru kemenangan sulung

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bakal membuat penampilan pertama di Australia apabila pusingan kedua musim 2018 dijadual berlangsun­g di Litar The Bend Motorsport Park pada Jumaat hingga Ahad ini.

Bagaimanap­un, juara keseluruha­n bagi kelas SuperSport­s 600cc pada tahun 2016, Zaqhwan Zaidi

tidak dapat beraksi di Australia susulan pertindiha­n

(gambar)

jadual dengan Kejuaraan Seluruh Jepun di Litar Suzuka.

“Saya terlepas Pusingan 2 ARRC kerana menyertai Pusingan 2 Kejuaraan Seluruh Jepun dalam kelas JSB1000 di Suzuka,” kata Zaqhwan.

“Susulan pertindiha­n jadual itu, pasukan memutuskan untuk saya memberi tumpuan kepada JSB1000 pada minggu ini.”

Zaqhwan menamatkan dua perlumbaan Pusingan 1 Kejuaraan Seluruh Jepun di Litar Twin Ring Motegi, masing-masing di tangga ke-19 dan 14 namun menunjukka­n peningkata­n daripada sudut catatan masa.

Apapun, persaingan di Australia bakal terus rancak dengan juara kelas sama tahun lalu, Azlan Shah Kamaruzama­n bakal mencari kemenangan sulung di litar berkenaan bagi memburu kedudukan pertama keseluruha­n selepas ketinggala­n 13 mata daripada pendahulu ketika ini dari Australia, Anthony West.

Azlan dari pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing menamatkan kedua-dua perlumbaan pada pusingan pembuka tirai di Litar Antarabang­sa Buriram, Thailand di tangga ketiga manakala West menemui garisan penamat masing-masing di tangga kedua dan pertama.

Selain perlumbaan ARRC, perlumbaan minggu ini turut dijalankan serentak bersama saingan Kejuaraan Australia Superbike (ASBK) di litar sepanjang 4.95 kilometer yang terletak berhampira­n

Tailem Bend, 100 kilometer di selatan Adelaide itu.

 ??  ?? AZLAN
AZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia