Harian Metro

Program Podium bantu raih emas

-

“Itu yang saya lakukan di semua kejohanan yang disertai termasuk di Sukan Asia nanti,” katanya.

Nama Jun Hoong mula melonjak hasil kejayaanny­a meruntuhka­n penguasaan penerjun dari China untuk muncul juara di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary tahun lalu.

Aksinya terus konsisten apabila membuka tahun ini dengan kejayaan satu perak dan satu gangsa di dua siri Kejohanan Terjun Dunia masing-masing di Beijing dan Jepun.

Skuad terjun negara menamatkan saingan di Sukan Komanwel dengan satu emas dan dua gangsa.

Dua gangsa disumbang oleh Nur Dhabitah dan Leong Mun Yee dalam acara 3m papan anjal terjun seirama serta 10m terjun seirama. Sepang: Kemenangan epik di temasya Komanwel Gold Coast 2018 tidak akan dilupakan oleh dua pemain boling padang wanita negara, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji.

Ketinggala­n dengan jurang yang agak jauh sehingga end ke-13 dalam aksi final acara pairs, mereka bangkit melakarkan kemenangan 15-14 mengatasi gandingan Afrika Selatan, Nicolene Neal-Collen Piketh.

Atas faktor itulah, Siti Zalina menegaskan akan meneruskan kerjaya sebagai atlet boling padang biarpun sudah enam kali beraksi pada temasya Komanwel sejak 1998.

Tegas atlet berusia 39 tahun itu, dia mengakui penyertaan kali ini amat berbeza selepas diserapkan dalam program Podium setahun lalu.

Katanya, perubahan yang diterapkan dalam program

Gold Coast: Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menjanjika­n penampilan ikon baru dalam arena sukan itu pada penganjura­n temasya kedua terbesar dunia, Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

Presiden SRAM, Huang Ying How berkata, berdasarka­n prestasi pada Sukan Komanwel Sukan Komanwel 2018, bakat muda seperti Rachel Arnold, S Sivasangar­i, Aifa Azman dan Aira Azman mampu menggantik­an Datuk Nicol David suatu hari nanti.

“Pencapaian mereka di Gold Coast sangat baik dan saya amat berpuas hati dengan prestasi skuad skuasy. Pemain muda kita berjaya mengalahka­n pemain yang lebih tinggi rankingnya walaupun gagal raih pingat,” katanya.

Huang yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel berkata perancanga­n SRAM membentuk pasukan muda ternyata membuahkan hasil positif apabila beberapa pemain menampilka­n prestasi baik apabila beraksi dengan pemain lebih tinggi rankingnya.

Sebagai contoh, katanya, gandingan Rachel-Sivasangar­i berkenaan membawa kepada kejayaan hari ini.

“Sukan Komanwel adalah kejohanan terbesar bagi kami atlet boling padang. Persiapan rapi dilakukan sejak 2016 untuk merealisas­ikan sasaran satu emas.

“Program Podium membuka peluang kami mempersiap­kan dari dengan menyediaka­n platform latihan dan pertanding­an serta membentuk fizikal dan kekuatan yang padu untuk kami mencapai sasaran memperbaik­i pencapaian di Glasgow pada 2014,” katanya yang berkampung di Gold Coast sejak Februari lalu sebagai persediaan awal menghadapi Sukan Komanwel kali ini.

Siti Zalina dan Emma yang juga seorang anggota polis berpangkat koperal ditemui di klia2 semalam setibanya dari Gold Coast.

Pada temasya di Gold Coast 2018 itu, mereka menjadi penyumbang pingat tunggal boling padang yang juga emas keempat untuk kontinjen negara.

Sementara itu bagi Emma, kejayaan di Sukan Komanwel itu cukup istimewa dan permulaan yang baik untuk dirinya mengejar lebih banyak kejayaan selepas ini.

Dia menyerahka­n sepenuhnya kepada jurulatih Simon Botha untuk menentukan hala tujunya selepas ini.

 ??  ?? DARI kiri, Dhabitah, Mun Yee, Pandelela dan Jun Hoong menunjukka­n pingat masing-masing.
DARI kiri, Dhabitah, Mun Yee, Pandelela dan Jun Hoong menunjukka­n pingat masing-masing.
 ??  ?? AKSI ‘emas’ Pandelela (kiri) dan Jun Hoong dalam acara 10m terjun seirama.
AKSI ‘emas’ Pandelela (kiri) dan Jun Hoong dalam acara 10m terjun seirama.
 ?? FOTO: ?? SITI Zalina (kiri) dan Emma menunjukka­n pingat emas sejurus tiba di klia2, semalam.
FOTO: SITI Zalina (kiri) dan Emma menunjukka­n pingat emas sejurus tiba di klia2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia