Harian Metro

SRAM tampil ikon baru skuasy di Komanwel 2022

-

menundukka­n juara dunia, Joelle King-Amanda Landers Murphy dari New Zealand dalam pusingan peringkat kumpulan beregu wanita untuk mara ke suku akhir bertemu Laura Massaro-Sarah Jane Perry dari England, namun tewas pada pusingan itu.

“Saya sebenarnya berharap Rachel-Sivasangar­i mendapat pingat gangsa. Saya percaya mereka boleh lakukan kerana telah buktikan pada perlawanan awal sebelum itu dan pada perlawanan dengan Massaro-Perry mereka hanya tewas tipis.

“Bukan mereka saja yang telah tunjuk prestasi baik, Aifa juga agak bagus. Mereka semua masih muda tapi sudah mampu bertanding di tahap ini. Seperti Aifa dia sekurang-kurangnya menang satu set kepada Tesni Evans (Wales) yang menang kepada Nicol. Itu sudah cukup bagus untuk pemain muda,” katanya.

Huang berkata beliau percaya pemain skuasy negara berada di landasan yang tepat untuk mencapai kejayaan di peringkat dunia seperti ikon skuasy negara, Nicol David.

Mengulas mengenai pencapaian membanggak­an oleh perseorang­an lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan yang meraih pingat gangsa buat pertama kali dalam sejarah arena skuasy lelaki, Huang berkata kejayaan itu membuktika­n Program Podium telah memberikan impak yang besar kepada pemain itu.

Katanya, Nafiizwan yang menang ke atas pemain nombor satu dunia, Nick Matthew telah membuktika­n dengan mengikuti strategi awal.

“Nafiizwan bermain berdasarka­n kepada analisis dan strategi awal yang ditetapkan. Memang tidak mudah untuk mereka ikut strategi awal tapi ia berbaloi. Mesej saya kepada pemain muda seperti Mohd Syafiq Kamal dan Ng Eain Yow, mereka perlu ikut analisis yang kita telah buat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia