Harian Metro

‘Kita hanya syok di ASEAN’

 Mohd Sadek selar pencapaian kurang memberangs­angkan kontinjen negara di Sukan Komanwel

- Azidan Nahar azidan@nstp.com.my

Pencapaian kontinjen negara yang sekadar meraih tujuh pingat emas di Sukan Komanwel yang melabuhkan tirainya kelmarin, dirumuskan satu kegagalan, sekali gus memberi gambaran bencana lebih besar menunggu pada saingan lebih mencabar di Sukan Asia, berbaki kira-kira empat bulan lagi.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa menegaskan, pencapaian dilakar kontinjen negara di Gold Coast itu memang tidak memberangs­angkan dan ia didorong persiapan yang tidak bagus serta mental atlet yang lemah.

“Awal-awal lagi persiapan tak bagus, kejohanan (disertai)

(gambar)

tidak setanding, mental lemah. Lihat saja atlet menembak lelaki, awal-awal prestasi mereka baik, lepas itu jadi teruk.

“Persiapan selepas Sukan SEA, Ogos lalu tiada, dengan atlet tidak didedahkan kejohanan setanding dan persiapan mental selepas merayakan kejayaan peringkat Asia Tenggara (ASEAN) itu,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, semalam.

Mohd Sadek turut menyifatka­n adalah satu ‘lawak jenaka besar’ apabila angkat berat yang tidak disenaraik­an dalam Sukan Teras memberi sumbangan antara yang terbesar di Gold Coast dengan meraih dua emas dan satu gangsa.

Justeru, beliau mempersoal­kan apakah penilaian terhadap sukan angkat berat yang dibuat Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) serta Progam Podium itu sendiri adalah tepat terhadap sukan terbabit.

Selain itu, tegasnya, prestasi atlet olahraga seperti Nauraj Singh Randhawa paling buruk walaupun dia diberikan latihan dan pendedahan yang banyak di Australia menerusi Program Podium manakala atlet lain hanya menyertai kejohanan peringkat tempatan.

“Bagi saya, Pengarah Program Podium (Tim Newenham) gagal menilai budaya prestasi atlet Malaysia. Orang yang bekerja dalam persatuan sukan juga mungkin tak gemar cara dia dan ini beri kesan pada prestasi atlet.

“Jika dilihat apa yang kita dapat kali ini, ia sama seperti ketika tiada Program Podium dulu, jadi dia harus bertanggun­gjawab.

“Jika kita lihat semua ini, jangan harap kita boleh pergi lebih jauh pada peringkat Asia. Kita sebenarnya hanya ‘syok’ di Asia Tenggara,” katanya.

Jelas Mohd Sadek, jika dinilai pungutan emas kali ini, beliau tidak yakin tujuh emas itu akan dapat diulangi pada Sukan Asia kerana terbukti sukan angkat berat, badminton, terjun dan gimrama akan berdepan saingan lebih mencabar di Sukan Asia.

Empat su- kan itu antara yang menyumbang tujuh emas di Gold Coast dan akan dipertandi­ngkan di Jakarta dan Palembang manakala boling padang yang menyumbang satu emas tidak dipertandi­ngkan.

 ??  ??
 ??  ?? EMAS pertama disumbangk­an skuad angkat berat negara yang tidak disenaraik­an dalam Sukan Teras.
EMAS pertama disumbangk­an skuad angkat berat negara yang tidak disenaraik­an dalam Sukan Teras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia