Harian Metro

Subahan puas hati prestasi keseluruha­n skuad hoki negara

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal puas hati dengan prestasi keseluruha­n pasukan lelaki dan wanita negara pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Katanya, walaupun kedua-dua pasukan gagal menghadiah­kan pingat, namun banyak petanda positif mampu dibanggaka­n terutamany­a skuad lelaki yang berjaya memperbaik­i penamat ketujuh edisi lalu dengan meraih tempat kelima kali ini.

“Secara keseluruha­nnya saya merasakan tiada masalah kerana kita pun tidak meletakkan sebarang sasaran. Sebaliknya jurulatih sendiri yang meletakkan sasaran masing-masing untuk atasi pencapaian Sukan Komanwel lalu.

“Tetapi apapun, saya rasa ini bukanlah pencapaian terbaik, maksud saya kita mungkin boleh buat lebih baik,” katanya ketika dihubungi.

Apa yang membanggak­an, penamat kelima skuad bimbingan Stephen Van Huizen diraih tanpa beberapa pemain utama seperti Faiz Helmi Jali, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Marhan Jalil dan Izad Hakimi Jamaluddin.

“Biarpun tanpa beberapa tonggak tetapi pemain muda yang diberi peluang menggunaka­n ia sebaik mungkin. Malah dua penjaga gol sokongan turut menunjukka­n kesediaan untuk menggalas tugas S Kumar dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ketika lelaki berjaya memperbaik­i keputusan, skuad wanita di bawah bimbingan Dhaarma Raj Abdullah pula turun satu anak tangga selepas menutup saingan di kedudukan kelapan.

“Walaupun di Glasgow 2014 skuad wanita meraih kedudukan lebih baik ketujuh tetapi untuk kali ini mereka berupaya menyaingi jaguh dunia lain dengan beberapa persembaha­n terpuji sekali gus menggambar­kan masa depan yang cukup cerah.” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia