Harian Metro

Jual senapang

 Dua lelaki ditahan miliki senjata api buatan sendiri

- Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Erika George cnews@nstp.com.my

Dua lelaki ditangkap kerana memilik senapang patah buatan sendiri dalam dua kes berasingan dalam tempoh 48 jam masing-masing di Bandaraya Kuching dan Bintulu, di sini.

Kes pertama membabitka­n seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Mendu, di sini, jam 4 petang kelmarin oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, hasil maklumat risikan mendapati suspek menjadikan bilik sewanya sebagai lokasi membuat senapang angin yang kemudianny­a dijual kepada pemburu.

“Suspek sudah membuat dan menjual senapang angin berkenaan sejak beberapa tahun lalu, namun kegiatanny­a dilakukan secara sembunyi dan senjata itu hanya dijual kepada pelanggan setianya.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut di bilik sewa berkenaan menemui lima laras senapang angin buatan sendiri, guli dan peralatan membuat senapang,” katanya, semalam.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati senapang angin dirampas daripada suspek dipercayai mampu memberi impak sehingga membunuh.

“Suspek yang bekerja sebagai penjaga parkir di bandar ini kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

“Orang ramai yang memiliki atau membeli senapang angin buatan sendiri untuk apa juga tujuan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, di Bintulu, seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di Simpang Belaga, di sini dalam operasi kira-kira jam 3.40 petang, Sabtu lalu, atas kesalahan memiliki senapang buatan sendiri tanpa permit sah.

Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga, Asisten Superinten­dan Mohd Sani Junid berkata, lelaki berusia 48 tahun berasal dari Una Kulit, Sungai Asap ditahan ketika dalam perjalanan mahu memburu. “Turut dirampas tiga butir peluru. Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti dari mana suspek memperoleh senapang dan bekalan peluru berkenaan.

“Suspek direman empat hari sehingga 18 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, polis memandang serius isu pemilikan senjata api buatan sendiri tanpa kebenaran dalam kalangan penduduk rumah panjang di negeri ini, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar kerana membabitka­n isu keselamata­n dan ketenteram­an awam.

 ??  ?? SENAPANG angin buatan sendiri untuk dijual kepada pemburu dirampas dalam serbuan di rumah kedai.
SENAPANG angin buatan sendiri untuk dijual kepada pemburu dirampas dalam serbuan di rumah kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia