Harian Metro

Peguam nafi pecah amanah

-

Limbang: Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan pecah amanah terhadap sebuah firma guaman membabitka­n pembayaran penjualan rumah kepada sebuah agensi kerajaan, 14 tahun lalu.

Tertuduh Nelson Ruki, 52, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Hafizi Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit melakukan kesalahan itu ketika bekerja dengan sebuah firma guaman di daerah ini dan didapati dengan curang tidak membuat pembayaran berhubung penjualan rumah sebanyak RM60,684 kepada Perbadanan Pembanguna­n Perumahan yang diberikan anak guam firma itu, pada 4 September 2004.

Tertuduh yang menggunaka­n wang berkenaan untuk urusan peribadi dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta sebat, selain boleh didenda.

Nelson yang memakai pakaian lokap berwarna ungu mengangguk faham selepas pertuduhan selesai dibacakan dan memohon untuk dibicaraka­n.

Prosiding pendakwaan dikendalik­an Pegawai Penyiasat Inspektor N Sivanesvar­an, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan tertuduh dijamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin tempatan, manakala dia diarahkan untuk melapor diri sekali dalam tempoh setiap dua minggu kepada pegawai penyiasat kes.

 ??  ?? NELSON keluar dari mahkamah bagi tuduhann kes pecah amanah.
NELSON keluar dari mahkamah bagi tuduhann kes pecah amanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia