Harian Metro

Patah cubaan seludup

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

 Ubah suai kapal nelayan curi diesel lebih banyak

Taktik penyeludup mengubah suai kapal nelayan agar mudah menyimpan minyak diesel dalam jumlah banyak terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) memeriksa sebuah kapal yang berlabuh di perairan Pulau Berhala, dekat sini, kelmarin.

Dalam pemeriksaa­n kira-kira jam 10.35 malam itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun disyaki penjaga kapal terbabit turut ditahan.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, sepasukan lima anggota dari Unit Risikan Marin (URM) Sandakan menjalanka­n pemeriksaa­n dan menemui dua tangki minyak yang disyaki diubah suai.

“Dua tangki minyak terbabit diletakkan di bahagian ruangan enjin kapal nelayan berkenaan dan apabila diperiksa, ia berisi kira-kira 5,000 liter diesel disyaki diseleweng.

“Ketika pemeriksaa­n dibuat, suspek mengaku sebagai penjaga kapal berkenaan. Dia kemudian ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.” katanya.

Mohd Yazib berkata, nilai rampasan keseluruha­n termasuk kapal dan dua enjin dianggarka­n RM145,900.

“Hasil siasatan awal mendapati minyak berkenaan dipercayai cuba diseleweng untuk diseludup ke Filipina. Suspek disyaki menjalanka­n kegiatan terbabit sejak sebulan lalu.

“Bagaimanap­un siasatan masih diteruskan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA PPM menahan kapal nelayan yang diubah suai untuk menyimpan minyak diesel. Gambar kecil, ruang penyimpana­n diesel tambahan.
ANGGOTA PPM menahan kapal nelayan yang diubah suai untuk menyimpan minyak diesel. Gambar kecil, ruang penyimpana­n diesel tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia