Harian Metro

SESAT PACAK BENDERA ATAS BATU CAVES

 20 sesat atas puncak bukit Batu Caves

- Kalbana Perimbanay­agam dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

“Dua kali azan dilaungkan, barulah kami nampak jalan untuk turun ke kaki bukit. Keadaan ketika itu amat gelap serta jalan licin,” ujar Mohd Izzwan Wahid, 22, salah seorang individu yang tersesat ketika mendaki bukit Batu Caves, di sini, kelmarin.

Difahamkan, semua 20 mangsa yang mula mendaki bukit itu pada jam 9.30 pagi kelmarin, tidak menemui jalan untuk turun ke kaki bukit melalui Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, di sini.

Mereka sebelum itu dikatakan mendaki bukit berkenaan untuk memasang bendera parti politik PAS.

Mohd Izzwan berkata, mereka tiba di puncak bukit itu kira-kira jam 5 petang dengan diketuai seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun.

“Sebaik tiba di puncak, kami mula memasang bendera sebelum selesai kira-kira jam 7 malam. Ketika menuruni bukit, hujan berlaku menyebabka­n jalan licin dan hari semakin gelap.

“Tambah memburukka­n keadaan apabila lampu suluh kami kehabisan bateri mengakibat­kan kami terpaksa menuruni bukit dengan perlahan,” katanya ketika ditemui di Kampung Gombak Indah, di sini, semalam.

Dia yang juga seorang peniaga berkata, mereka tidak dapat melihat jalan turun dengan jelas ketika itu menyebabka­n salah seorang rakannya melaungkan azan.

“Rakan saya dikenali sebagai Mohd Ashraf, 24, melaungkan azan dua kali ketika kami berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan menuruni bukit itu.

“Sebaik azan dilaungkan, kami boleh melihat jalan turun dengan jelas. Bagaimanap­un, kami tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan ada antara kami sudah kehilangan tenaga. Salah seorang rakan kemudian menghubung­i pihak bomba untuk mendapatka­n bantuan,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan menuruni bukit, mereka terpaksa memapah warga emas terbabit selepas lelaki itu jatuh beberapa kali akibat jalan licin.

“Salah seorang rakan turut cedera di bahagian kaki dan paha kanan ketika cuba menahan dia (lelaki warga emas) daripada terjatuh.

“Kami sering mendaki bukit itu, namun tidak pernah berdepan situasi seperti ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat ketika cuba menuruni bukit berkenaan, petang kelmarin sebelum hari mulai gelap.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 20 pendaki yang terperangk­ap di atas bukit Batu Caves.
SEBAHAGIAN daripada 20 pendaki yang terperangk­ap di atas bukit Batu Caves.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia