Harian Metro

NAJIB JUMPA AHLI PARLIMEN BN SHAHRIZAT TOLAK KERUSI BANDAR TUN RAZAK ANAK TAIB AZAMUDDEN CALON PERMATANG PAUH

- Suhaila Shahrul Annuar dan Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

 Perdana Menteri berjumpa Ahli Parlimen BN di Seri Perdana

Datuk Seri Najib Razak semalam mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pertemuan itu banyak menyentuh mengenai kekeluarga­an dalam parti, setiakawan dan wala.

“Kami sebagai keluarga BN perlu memegang prinsip wala, pertemuan tadi bersama Ahli Parlimen BN dan perjumpaan itu diadakan secara beramai-ramai,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri di sini, semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Najib turut mengucapka­n terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang sudah berkhidmat dengan baik.

“Beliau beritahu ada yang naik, ada yang turun, ada yang dicalon, ada yang tidak. Sama-sama kita adalah saudara dan keluarga,” katanya yang juga penyandang kerusi Ahli Parlimen Santubong.

Timbalan Ketua Pergerakan Wanita, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata pertemuan semalam banyak menyentuh mengenai pentingnya menjaga hubungan kekeluarga­an dalam parti.

“Kita satu keluarga yang besar. Macam pesanan mak ayah kita, kita ada adikberadi­k yang ramai. Jadi kalau ada yang terlebih tumpuan, atau ada yang tak kena, janganlah berkecil hati,” katanya.

Ditanya sama ada isu pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut disentuh dalam pertemuan itu, Rohani berkata, ia tidak dibincangk­an.

Sementara itu, Pengerusi MIC Wilayah Persekutua­n, Datuk M Saravanan berkata, amanat yang diberikan ialah untuk menjaga parti BN.

“Ucapan yang diberikan sangat ringkas, meyakinkan dan menanam semangat BN tidak kira dilantik sebagai calon atau tidak, kita mesti bersama BN.

“Selain itu juga, beliau (Najib) turut meminta kami mempertaha­nkan parti dan BN demi kebaikan negara.

“Semua yang hadir gembira sebab ia menanam sifat kekitaan dalam diri ahli BN, caranya itu (mengadakan pertemuan) sangat bagus,” katanya.

Ditanya mengenai kerusi Cameron Highlands, Saravanan berkata, pertemuan berkenaan tidak sedikit pun berbincang mengenai PRU14.

Pertemuan bersama Pengerusi BN itu diadakan pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira sejam selepas itu.

Najib kemudianny­a dilihat keluar dari Seri Perdana menggunaka­n kenderaan rasminya pada jam 11.30 pagi.

 ??  ??
 ??  ?? SARAVANAN
SARAVANAN
 ??  ?? TIMBALAN Menteri Pengangkut­an, Datuk Abdul Aziz Kaprawi
TIMBALAN Menteri Pengangkut­an, Datuk Abdul Aziz Kaprawi
 ??  ?? SHAHIDAN Kassim.
SHAHIDAN Kassim.
 ??  ?? DR Wan Junaidi
DR Wan Junaidi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia