Harian Metro

MERAUNG DITELAN API

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

“Kami dengar suara menjerit meminta tolong, tetapi suara itu semakin perlahan dan terus senyap,” kata Ari, 28, saksi kebakaran sebuah rumah kongsi di Kampung Pegagau, Semporna, kelmarin. Tiga beradik, dua daripadany­a kembar lelaki dan perempuan berusia lima tahun serta adik lelaki mereka berusia empat tahun rentung dalam kebakaran itu. Mayat mereka ditemui di bawah rumah berhampira­n tangga dapur,

“Kami dengar jeritan meminta tolong, tetapi lama-kelamaan suara itu semakin perlahan dan terus lenyap,” kata lelaki dikenali sebagai Ari, 28, saksi kebakaran rumah kongsi THS Collecting Centre di Kilometer 20, Jalan Semporna, Kampung Pegagau, di sini, yang mengorbank­an nyawa tiga beradik, kelmarin.

Ari berkata, tiada apa yang dia dan beberapa penduduk lain mampu lakukan untuk menyelamat­kan tiga beradik berkenaan kerana api marak sangat cepat.

“Bapa kanak-kanak itu cuba masuk ke dalam rumah ketika api marak bagi menyelamat­kan anaknya, tetapi dihalang penduduk. Jika tidak mungkin dia juga menjadi mangsa,” katanya.

Beliau antara penduduk yang berusaha membantu menyelamat­kan tiga beradik terbabit dalam tragedi jam 7.40 malam itu.

Tiga beradik terbabit ialah pasangan kembar lelaki dan perempuan, Harmasius Roman@Abdullah dan Fonsalina, masing-masing berusia lima tahun serta adik lelaki

 Wanita pengsan berkali-kali terlalu sedih rumah terbakar ragut nyawa tiga anak

mereka, Amsalinus, empat tahun.

Mayat mereka ditemui rentung di bawah rumah berhampira­n tangga dapur dipercayai cuba menyelamat­kan diri tetapi gagal.

Semua mangsa tinggal bersendiri­an kerana bapa mereka keluar mengambil ibu mereka yang baru pulang bekerja.

Ari berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya sebelum ternampak api bermula di ruang tamu dan merebak ke bilik dan dapur rumah jirannya itu.

Katanya, ibu bapa kanak-kanak itu tiba di rumah ketika api marak. Walaupun bapa mereka cuba meredah api bagi menyelamat­kan tiga anaknya, dia dihalang penduduk kampung.

“Ibu kanak-kanak berkenaan beberapa kali pengsan dan hanya mampu meraung memanggil nama ketiga-tiga anaknya ketika api marak namun tiada jawapan.

“Haiwan peliharaan keluarga itu termasuk beberapa ayam dan kucing turut rentung,” katanya.

Bapa saudara mangsa, Donjuan Inaman, 50, terkejut dengan kejadian yang meragut nyawa tiga anak saudaranya itu sekelip mata, namun reda dengan apa yang berlaku.

“Kali terakhir berjumpa anak saudara kembar itu ketika saya menjemput mereka pulang dari Tadika KEMAS Kampung Mentertip, Khamis lalu.

“Mereka sangat rapat dengan saya dan suka bergurau. Ini kerana memang menjadi kebiasaan saya menghantar serta mengambil mereka balik tadika,” katanya yang memberitah­u jenazah tiga beradik itu dikebumika­n di kawasan perkuburan di Kampung Menteritip sebaik bedah siasat selesai dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superinten­dan Peter Umbuas berkata, ketika kejadian semua mangsa berada bersendiri­an di rumah kerana bapa mereka

Mereka sangat rapat dengan saya dan suka bergurau.”

DonJuan Inaman

keluar mengambil isterinya di ladang sawit peringkat satu Pegagau.

“Ketika dalam perjalanan pulang, ibu bapa mangsa terlihat kepulan asap dan apabila tiba, mereka terkejut mendapati rumah mereka terbakar.

“Selepas api dipadamkan, semua mangsa ditemui rentung di bawah rumah berhampira­n tangga dapur. Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk dibedah siasat,” katanya, di sini semalam.

 ?? Ruang tamu
Bilik
Dapur
Bilik utama
lapor Abdul Rahemang Taiming ?? 3beradik rentungdek­at tangga
dapur
Ruang tamu Bilik Dapur Bilik utama lapor Abdul Rahemang Taiming 3beradik rentungdek­at tangga dapur
 ??  ?? ANGGOTA forensik bomba menjalanka­n siasatan di lokasi kebakaran yang mengakibat­kan tiga beradik rentung di Semporna, malam kelmarin.
ANGGOTA forensik bomba menjalanka­n siasatan di lokasi kebakaran yang mengakibat­kan tiga beradik rentung di Semporna, malam kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia