Harian Metro

EJEN PELANCONGA­N TIPU PELAJAR

 Pelajar OKU diperdaya lelaki tawar percutian murah

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

FAKTA

200 individu dari Pulau Pinang

jadi mangsa penipuan pakej tipu ke Korea

Impian sekumpulan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) melancong dan menjejakka­n kaki ke Pulau Jeju, Korea Selatan, berkecai apabila mereka menjadi mangsa penipuan syarikat pelanconga­n ‘hantu’ yang bergerak aktif di

Facebook.

Mereka adalah sebahagian daripada 200 individu dari Pulau Pinang yang kerugian hampir RM400,000 apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan terancang itu.

Syarikat berkenaan dipercayai didalangi lelaki yang menggunaka­n media sosial

Facebook dan menawarkan pakej percutian pada harga murah ke Korea Selatan, Jepun dan Vietnam.

Namun, selepas menerima deposit dan bayaran penuh daripada pelanggan, suspek menangguhk­an atau membatalka­n pakej berkenaan dengan menggunaka­n pelbagai alasan.

Antara alasan popular yang digunakan adalah masalah pertukaran mata wang, peningkata­n kos operasi dan tiket yang mahal.

Seorang guru dari Pulau Pinang, Nur Ain Abdul Rahim, 29, berkata, dia mewakili tujuh pelajar OKU di bawah kendaliann­ya tertarik dengan pakej percutian ke Jeju, Korea Selatan yang ditawarkan syarikat itu.

Katanya, harga pakej ditawarkan adalah RM999 seorang termasuk tiket penerbanga­n, penginapan dan pengangkut­an di Jeju.

“Kami membuat tempahan pakej berkenaan setahun sebelum tarikh percutian iaitu pada 28 April sehingga 1 Mei tahun lalu dan sudah membayar RM49,000 untuk tujuh pelajar yang menghidap Autism dan Attention Deficit Hyperactiv­e Disorder

(ADHD) selain 21 ahli keluarga pelajar dan 15 guru.

“Namun, pihak syarikat memaklumka­n pakej berkenaan dibatalkan kurang 20 hari sebelum kami dijadualka­n berangkat ke Korea Selatan tanpa alasan.

“Apabila kami meminta semula wang yang dibayar, pelbagai alasan diberikan. Syarikat cuba berdalih meminta masa untuk membuat pembayaran,” katanya di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa yang juga eksekutif pemasaran, Mona Dollah, 37, berkata, dua pakej percutiann­ya dibatalkan selepas membuat bayaran deposit RM3,000.

“Saya cuba mendapatka­n semula wang saya, namun syarikat berkenaan memberikan cek tendang kepada say,” katanya.

Eksekutif Teknologi Maklumat Sofiaariya­ni Abdul Manaf, 44, berkata, dia dan 11 rakannya membayar RM1,999 seorang untuk pakej percutian lima hari empat malam ke Seoul, Korea Selatan.

“Percutian kami ditangguhk­an dengan alasan tiada tiket iaitu dua minggu sebelum kami dijadualka­n ke sana,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pembanguna­n Sosial PPIM Dr Mazlina Abu Bakar berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen menawarkan pakej percutian ke luar negara.

Katanya, lesen syarikat itu hanya untuk membawa pelancong luar negara masuk ke negara ini.

“Mangsa sudah tampil membuat laporan polis, setakat yang kami tahu, ada 26 laporan polis dibuat terhadap syarikat itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PRESIDEN PPIM Datuk Nadzim Johan (tiga dari kanan, duduk) bersama mangsa penipuan pakej percutian pada sidang akhbar, semalam.
PRESIDEN PPIM Datuk Nadzim Johan (tiga dari kanan, duduk) bersama mangsa penipuan pakej percutian pada sidang akhbar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia