Harian Metro

MIANG RAKAN SEKERJA

-

Kuala Lumpur: “Saya pernah dihampiri dari jarak dekat, diberikan gula-gula tanpa rela, dipuji dengan kata-kata meragukan, pakaian dan muka saya dijadikan bahan teguran nakal menyebabka­n saya tidak selesa.

“Pernah ketika mesyuarat berlangsun­g, kaki saya disepak dan bahu digeselkan dengan alasan mahu mengambil barang di meja,” kata pegawai undang-undang yang sudah tiga tahun bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Wanita berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Sya berkata, dia tidak berani melaporkan kejadian gangguan seksual dilakukan rakan sekerja kepada sesiapa kecuali kawan rapat dan keluarga.

“Saya mendiamkan diri kerana bimbang dipersalah­kan atau dipersenda­kan dengan kata-kata nakal seperti alah biasalah muda-muda macam ini memang ada yang minat.

“Saya juga khuatir teguran dibuat kepada pelaku membuatkan dia lebih berdendam dan orang cakap saya perasan,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak berpakaian menjolok mata, dia kerap menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat yang majoritiny­a lelaki.

“Disebabkan kerap menjadi mangsa, saya berpakaian kusam dan tidak berani bersolek beberapa bulan.

“Setahun saya diganggu dan kini masih perlu berdepan dan berurusan dengan pelaku termasuk orang luar ketika mesyuarat.

“Kini saya semakin matang dan bijak menguruska­n gangguan, tetapi dari segi emosi terus terang cakap saya sakit hati dan tidak bebas terutama apabila tahu gerak-geri diperhatik­an,” katanya.

Sementara itu, penuntut kolej di Bangi, Selangor, Iza, 27, mengakui pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika bekerja sambilan di pusat membeli-belah di Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya berkenalan dengan seorang pengawal keselamata­n yang bekerja satu tempat dengan saya.

“Pada mulanya dia hanya nampak biasa dan saya melayan dia sama seperti rakan sekerja lain. Bagaimnapu­n, selepas seminggu, dia bertindak berlebihan apabila kerap datang ke tempat saya untuk berborak walaupun dalam waktu kerja.

“Sampai satu tahap dia bertindak luar batasan apabila menyentuh tangan saya dan tidak lama selepas kejadian, saya nampak lelaki terbabit dipindahka­n ke bahagian lain tetapi sesekali apabila terserempa­k, dia memandang saya semacam,” katanya.

Menurutnya, pengalaman keduanya lebih keterlalua­n apabila seorang lelaki menunjukka­n kemaluan.

“Setiap kali balik kerja, saya menunggu ayah. Saya perasan ada seorang lelaki sering memandang saya dan membuatkan saya tidak selesa.

“Satu hari pada waktu malam ketika ayah belum sampai, lelaki itu tiba-tiba membuka seluar dan tunjukkan kemaluanny­a kepada saya.

“Nasib saya baik dia tidak sempat mengapa-apakan saya kerana ada orang datang waktu itu,” katanya yang mengaku sejak kejadian terbabit, dia trauma dan lebih berhati-hati jika bersendiri­an.

Lelaki itu tiba-tiba buka seluar dan

tunjukkan kemaluanny­a kepada saya

Mangsa

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia