Harian Metro

TREN ECRL 'TIBA' DI TUMPAT MAHATHIR SURUH HADI BELAJAR AGAMA TEMPAH KALAH KALI KELIMA

-

Tumpat: Penduduk di Kampung Morak di sini, sanggup bersengkan­g mata menyiapkan replika tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai tanda penghargaa­n terhadap Kerajaan Persekutua­n yang menyediaka­n kemudahan itu di negeri ini.

Tren berukuran 15 meter panjang dan tiga meter tinggi itu dibina lapan penduduk kampung berkenaan sejak 10 hari lalu.

Lebih unik lagi, replika yang menelan kos RM800 itu menggunaka­n bahan asas buluh, papan lapis, kain, plastik dan dawai itu direka sendiri penduduk kampung itu, Ramidin Ismail, 45.

Ramidin berkata, dia mengambil masa beberapa hari untuk menghasilk­an draf kasar ECRL itu selepas penduduk menyatakan hasrat untuk menghasilk­an replika berkenaan.

“Kemudian, kerja membina replika ini dilakukan pada waktu malam kerana pada siang hari kami bekerja dan bagi yang ada masa lapang (siang), mereka mencari bekalan buluh.

“Replika ini hampir siap sepenuhnya dan kerja akhir seperti mengecat akan dibuat dengan segera kerana ramai yang tidak sabar melihat hasilnya,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat Wan Hanafi Wan Yaacob berkata, pemilihan replika ECRL dilihat sangat bertepatan dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“Pembinaan replika ini sebagai mesej kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) di mana kami sangat berharap projek ini dapat dilaksanak­an demi kemudahan rakyat.

“Selain bakal meningkatk­an taraf ekonomi rakyat, ia juga memudahkan perantauan yang mencari rezeki di luar Kelantan untuk pulang terutama keti ka musim perayaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK kampung bergotong-royong membina replika keretapi laju sebagai tanda sokongan terhadap Projek ECRL di Kampung Morak.
PENDUDUK kampung bergotong-royong membina replika keretapi laju sebagai tanda sokongan terhadap Projek ECRL di Kampung Morak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia