Harian Metro

MAYA TERKESAN BULI SIBER

SKMM kesan 1,500 berita palsu disebar melalui media sosial

- Mohd Nasaruddin Parzi, Mohd Aizat Samsuddin dan Seri Nor Nadiah Koris cnews@nstp.com.my

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahka­n wujud gerakan tertentu bersembuny­i di sebalik media sosial atau Internet, yang aktif menyebarka­n dakyah berkaitan kerajaan melalui medium maya itu.

Ketua Pegawai Operasi SKMM Datuk Dr Mazlan Ismail berkata, gerakan berkenaan berperanan seperti ‘kilang’ untuk mewujudkan berita palsu dengan motif utama mempertika­i integriti dan kecekapan kerajaan, selain turut menyasarka­n golongan Melayu serta Islam.

“SKMM mengesan lebih 1,500 berita palsu disebar melalui media sosial yang dijawab pihak kami menerusi portal sebenarnya.my yang mana bahannya mengandung­i unsur mempertika­i kredibilit­i agensi kerajaan, Melayu dan Islam.

“Dapatan ini diperoleh sejak portal itu diwujudkan bagi menangkis pelbagai bentuk fitnah di media sosial sejak setahun lalu.

“Kita merasakan memang ada satu kilang tertentu dibuat untuk mewujudkan berita palsu ini .... (mula-mula) dia (kilang) pergi kepada mempertika­i kerajaan dan akhir sekali (agenda berita palsu itu mengajak supaya) tukar kerajaan. Ini dia punya teori di belakangny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Program Bicara BH bertajuk Internet dan Pilihan Raya di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad di sini, semalam.

Selain Mazlan, dua lagi ahli panel jemputan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah.

Mengulas berita palsu, beliau berkata, ia tidak terjadi dengan sendirinya, sebaliknya dimulai individu tertentu dan paling dikhuatiri oleh pihak hagemoni di luar sana yang mengambil peluang menggunaka­n platform sama untuk menghancur­kan negara.

Katanya, berita palsu kini menjadi isu yang melingkari dunia dan turut membelengg­u negara besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), malah kesan negatifnya di UK ketika proses referendum Brexit dan pemilihan Presiden AS yang harus diambil iktibar.

“Waktu kerajaan UK buat referendum Brexit, mereka tidak bersedia dengan Brexit dan selepas ia berlaku, mereka tidak dapat kawal. Mereka sudah terhantuk dengan isu Brexit, tetapi sekarang tidak boleh buat apa...ini semua sebab berita palsu. Sama juga macam di AS,” katanya.

Dalam satu kajian di UK juga, Mazlan menjelaska­n, ketika ini berlaku peningkata­n sehingga 60 peratus kepercayaa­n rakyat negara itu terhadap media tradisiona­l, berbanding 48 peratus pada tahun lalu iaitu semasa isu Brexit menjadi topik utama.

Katanya, ini menunjukka­n ketika proses referendum Brexit diadakan, rakyat UK terdedah dengan pelbagai berita palsu di Internet memaksa mereka memilih untuk mempercaya­i satu tindakan dan keputusan yang sebenarnya menjejaska­n negara mereka.

FAKTA

Wujud gerakan tertentu bersembuny­i di sebalik media sosial

aktif sebar dakyah

 ??  ??
 ??  ?? (DARI kiri) Moderator Bicara BH Basir Zahro, Dr Mazlan, Dr Asyraf dan Azwanddin pada Program Bicara BH yang bertajuk Internet dan Pilihanray­a di Balai Berita NSTP, semalam.
(DARI kiri) Moderator Bicara BH Basir Zahro, Dr Mazlan, Dr Asyraf dan Azwanddin pada Program Bicara BH yang bertajuk Internet dan Pilihanray­a di Balai Berita NSTP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia