Harian Metro

MESEJ RINDU PADA ANAK

 Status terakhir di Instagram kru hilang sebelum kapal meletup

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Ayah rindu Syafi Khalish. Itu hantaran terakhir Mohamad Saiful Ashnar, 31, di Instagram miliknya sebelum dia dilaporkan hilang selepas kapal sokongan cari gali minyak MV Ocean Geos tempatnya bertugas, terbakar di perairan Kuala Baram, Miri, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, kapal berkenaan dilaporkan terbakar pada kedudukan lima batu nautika atau 10 kilometer (km) dari Kuala Baram selepas bilik enjinnya meletup.

Abang mangsa, Mohd Asmawi Ashnar, 33, ketika dihubungi berkata, keluargany­a dimaklumka­n mengenai kejadian berkenaan oleh majikan adiknya sekitar jam 4 pagi.

“Insya-Allah, saya ditemani sepupu akan berlepas ke lokasi kejadian awal pagi esok (hari ini). Kami dimaklumka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan namun setakat ini adik saya belum ditemui.

“Minta semua doakan yang terbaik untuk Mohamad Saiful, harap SAR dijalankan berjaya menemukan adik saya dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurutnya, Mohamad Saiful bertugas sebagai juruelektr­ik di syarikat perkapalan terbabit sejak 2013 lagi.

“Kali terakhir saya berhubung dengan Mohamad Saiful ketika waktu Maghrib kelmarin. Dalam perbualan ringkas itu, Mohamad Saiful beritahu kemungkina­n tidak pulang beraya tahun ini kerana tuntutan tugas.

“Bulan lepas saya sempat berjumpa dengannya di kampung di Jasin, Melaka ketika kami berdua pulang bercuti,” katanya yang berkhidmat sebagai kapten di sebuah syarikat perkapalan sejak 10 tahun lalu.

Dalam perkembang­an sama, Mohd Asmawi berkata, dia sentiasa memantau perkembang­an terkini SAR menerusi komuniti perkapalan dalam Facebook (FB).

“Saya juga kerap berhubung dengan kenalan adik dan rakan yang bertugas di sana kerana nak tahu perkembang­an terkini mengenai SAR dijalankan,” katanya.

Ditanya mengenai status adiknya itu, Mohd Asmawi berkata, Mohamad Saiful sudah berkahwin dan mem- punyai dua anak.

“Isterinya, Khairul Dalila Ahmad Ridzuan, anak sulung, Mohamad Syafi Khalish berusia tiga tahun manakala anak kedua, Nur Safiya Kaysa pula berusia dua bulan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? USAHA memadam kebakaran kapal sokongan cari gali minyak MV Ocean Geos terbakar di perairan Kuala Baram, semalam.
USAHA memadam kebakaran kapal sokongan cari gali minyak MV Ocean Geos terbakar di perairan Kuala Baram, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? STATUS terakhir Mohamad Saiful di Instagram sebelum hilang.
STATUS terakhir Mohamad Saiful di Instagram sebelum hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia