Harian Metro

‘BAYI KOTAK’ HENTIAN BAS

 Wanita jumpa bayi perempuan berbaju merah jambu di pondok hentian bas

- Abdul Rahemang Taiming news@nstp.com.my

Seorang bayi perempuan berusia antara enam hingga 12 bulan ditemui ditinggalk­an dalam kotak di pondok hentian bas di Kampung Rastamas, Jalan Apas di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, bayi itu yang memakai baju merah

jambu dan ditinggalk­an dalam kotak bersama beg berisi barangan bayi ditemui seorang wanita jam 7.30 malam.

Katanya, wanita itu pada mulanya terdengar suara bayi menangis sebaik turun daripada bas ketika pulang ke rumahnya di Kampung Rastamas.

“Dia menuju ke kawasan pondok perhentian bas dan melihat bayi perempuan memakai baju berwarna merah jambu serta berkulit cerah diletakkan di dalam kotak.

“Melihat keadaan bayi yang masih hidup dan menangis, wanita itu membawa bayi bersama barang yang ditinggalk­an ke balai polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Fadil berkata, bayi itu dirujuk ke Hospital Tawau dan pemeriksaa­n mendapati anggaran usia bayi itu antara enam hingga 12 bulan dengan berat 12 kilogram.

Katanya, pemeriksaa­n mendapati tiada kecederaan fizikal pada tubuh bayi dan hanya ada alahan pada kulit di leher dan celah kangkang.

Bayi itu ditempatka­n di wad untuk pemerhatia­n lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.

 ??  ??
 ?? Fadil Marsus ??
Fadil Marsus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia