Harian Metro

‘Cantik body you’

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

> Hati-hati bergurau dengan rakan sekerja perempuan. Itu peringatan kepada lelaki kerana soal selidik sebuah universiti tempatan dengan kerjasama

beberapa pertubuhan mendapati lebih 70 peratus

daripada 402 responden wanita mendedahka­n mereka mengalami gangguan seksual di tempat kerja yang bermula

dengan gurauan. Kerlingan mata dan perbuatan menjilat bibir turut dikategori­kan gangguan seksual, lapor Mahaizura Abd Malik

 Pekerja mangsa gangguan seksual enggan buat laporan kerana rasa tidak dipeduli

Mungkin kedengaran­nya janggal namun wanita harus waspada dengan pelbagai bentuk gurauan berlebihan rakan sekerja lelaki yang sebenarnya mengundang bunga-bunga gangguan seksual.

Hasil laporan kajian Perikatan Wanita Antarabang­sa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti dengan kerjasama Pusat Penyelidik­an dan Advokasi Hak Asasi Manusia dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendedahka­n 72.4 peratus daripada 402 responden pekerja wanita di Semenanjun­g mengalami gangguan seksual di tempat kerja bermula dengan hanya gurauan.

Kajian bermula Ogos 2017 hingga Februari lalu turut berkolabor­asi dengan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim, Persatuan Belia Islam Nasional dan Wanita Isma.

Ketua Penyelidik Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, maklum balas diterima daripada responden wanita berusia 18 hingga 59 tahun itu memberi gambaran sebenar situasi gangguan seksual di negara ini semakin membimbang­kan.

“Hasil kajian mendapati 39.8 peratus daripada 402 responden berkenaan mengalami gangguan seksual sama ada berbentuk pandangan, gerak tubuh, kata-kata atau lawak jenaka kurang disenangi (berbaur lucah) manakala 32.6 peratus mengalami gangguan seksual sentuhan badan.

“Sebanyak 73.2 peratus daripada mereka mengakui menjadi mangsa lebih daripada sekali.

“Selain itu, 43.9 peratus pernah menyaksika­n gangguan seksual berbentuk pandangan termasuk gerak tubuh dan kata-kata atau lawak jenaka berbaur lucah terhadap orang lain di tempat kerja,” katanya.

Menurutnya, apa yang paling membimbang­kan gejala ini banyak berlaku di dalam pejabat iaitu 48.3 peratus berbanding lima lagi lokasi dikenal pasti seperti kafeteria, luar pejabat, koridor, tandas dan bilik mesyuarat.

“Faktor gangguan seksual banyak berlaku di pejabat kerana gurauan berlebihan serta sikap rakan pejabat lelaki sama ada tidak menyedari atau tidak dapat membezakan perlakuan mahupun pertuturan berkenaan adalah gangguan seksual.

“Kami dapati pelaku paling tinggi ialah rakan sepejabat sebanyak 50 peratus diikuti pelanggan (28 peratus), pekerja bawahan (11 peratus), ketua atau penyelia (7 peratus) dan lain-lain (4 peratus),” katanya.

Beliau berkata, paling mengejutka­n kebanyakan mangsa tidak mahu tampil membuat aduan kerana merasakan tiada pembelaan buat mereka.

“Menerusi kajian itu, kita dapati 46.7 peratus wanita mangsa gangguan seksual merasakan tiada tindakan dibuat jika mereka membuat laporan selain tidak tahu dan malu masing-masing 13.3 peratus.

“Selain itu, 11.1 peratus berasa takut dan 4.4 peratus merasakan tindakan itu tidak penting,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya Malaysia mewujudkan akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual bagi melindungi wanita bekerja.

“Akta sedia ada, Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967 tidak membincang­kan secara khusus mengenai gangguan seksual sebaliknya hanya membicarak­an tuntutan ganti rugi pekerja dan lain-lain.

“Kajian ini dibuat bagi menunjukka­n senario terkini isu gangguan seksual yang semakin membimbang­kan dan penyelesai­annya ialah dengan mewujudkan Akta Gangguan Seksual supaya pelaku tidak terlepas daripada hukuman jenayah.

“Laporan itu hanya mewakili sebilangan kecil wanita bekerja di negara ini, mungkin ramai lagi mangsa di luar sana sekadar mendiamkan diri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RAFIDAH Hanim
RAFIDAH Hanim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia