Harian Metro

Tidur mati sampai ke balai polis

-

Kerana penumpangn­ya ‘tidur mati’, seorang pemandu teksi terpaksa membawanya ke balai polis selepas lelaki berusia 20-an itu gagal dikejutkan di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki itu menaiki teksi dari Kuala Lumpur jam 9 pagi berikutan mahu pulang ke rumahnya di daerah ini.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanap­un tidak memberikan alamat rumah lengkap menyebabka­n pemandu teksi itu hanya membawanya ke taman perumahan terbabit.

“Sepanjang perjalanan, lelaki itu dikatakan tertidur hingga tiba di taman berkenaan jam 11 pagi.

“Pemandu teksi itu cuba mengejutka­nnya tetapi lelaki terbabit tidak bangun,” katanya.

Thiew berkata, selepas beberapa minit cuba mengejutka­n lelaki itu gagal, pemandu teksi terbabit membawanya ke Balai Polis Sikamat untuk bantuan.

“Setibanya di balai polis, beberapa anggota turut membantu mengejutka­n lelaki itu tetapi masih gagal.

“Namun berdasarka­n maklumat yang ada pada dokumen pengenalan diri lelaki itu, polis menghubung­i ibunya yang berusia 55 tahun,” katanya.

Menurutnya, keluarga lelaki itu datang ke balai polis dan mendapati dia masih tidur tetapi dengan bantuan ahli keluargany­a akhirnya penumpang teksi itu terjaga.

“Wanita itu memberitah­u anak bongsunya sering berdepan masalah sukar bangun tidur,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis membantu pemandu teksi mengejutka­n lelaki itu.
ANGGOTA polis membantu pemandu teksi mengejutka­n lelaki itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia