Harian Metro

Caj bersalin murah, terbaik sejak 1963

-

 Kemudahan kesihatan baru HKL RM848j siap akhir tahun ini

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baru di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka siap akhir tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, hospital yang mula dibina pada 2013 membabitka­n kos kira-kira RM848 juta itu adalah projek pembanguna­n yang dijalankan bagi menaik taraf HKL.

“Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baru ini bukti komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menjaga kesejahter­aan rakyat dengan memberi perkhidmat­an kesihatan yang terbaik kepada golongan ibu dan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra ke Wad Bersalin HKL dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, HKL yang baru, semalam.

Perdana Menteri meluangkan masa satu jam melawat pesakit di wad bersalin dan melihat kemudahan baru.

Turut sama, Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusof.

Najib berkata, bayaran untuk bersalin di HKL cuma RM10, iaitu caj yang minimum berbanding caj dikenakan di negara lain.

“Alhamdulil­lah, hari

ini saya dapat melawat wad bersalin HKL di mana saya dapat menyaksika­n bagaimana wad bersalin ini memberi perkhidmat­an yang cemerlang sejak ia ditubuhkan pada 1963,” katanya.

Beliau berkata, lawatan itu bertujuan memberi penegasan bahawa kerajaan BN mengambil berat mengenai perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan wanita dan kanak-kanak dan ia terkandung dalam manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Antara teras utama dalam manifesto PRU14 membabitka­n ibu dan kanak-kanak ialah ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 iaitu skim yang diperkenal­kan kerajaan ketika pembentang­an Bajet 2018,” katanya.

Teras kedua pula di bawah penjagaan kanak-kanak universal ialah memberikan insentif kepada syarikat yang menyediaka­n pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi serta melaksanak­an polisi Penjagaan Awal Kanak-Kanak Universal

dengan memformula­sikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesiona­l.

Teras ketiga pula ialah mengutamak­an peranan ibu dan wanita menggalakk­an sektor swasta membenarka­n ibu mengandung pulang sejam lebih awal dan memperluas­kan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan. - BERNAMA

 ??  ?? NAJIB membuat tinjauan projek naik taraf Hospital Wanita dan Kanak-kanak HKL, semalam.
NAJIB membuat tinjauan projek naik taraf Hospital Wanita dan Kanak-kanak HKL, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia