Harian Metro

BN tak kompromi hal kedaulatan negara

-

Kuala Lumpur: Kepemimpin­an Barisan Nasional (BN) yang diterajui Datuk Seri Najib Razak melaksanak­an pelbagai langkah bagi memastikan negara dan rakyat dapat hidup dalam aman dan harmoni.

Perdana Menteri berkata, antara usaha dilaksanak­an ialah mewujudkan Akta Majlis Keselamata­n Negara dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) bagi memastikan rakyat Malaysia dilindungi dan pasukan keselamata­n dapat berkhidmat dan bekerja dengan bebas.

Beliau berkata, kerajaan juga melindungi rakyat daripada kesan dan akibat berita palsu.

“Inilah juga sebabnya mengapa baru-baru ini kita meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

“Berita palsu dan tidak benar ini mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya membawa ancaman besar.

“Seperti yang dapat kita lihat di seluruh dunia apabila berita palsu dan tak benar digunakan sebagai alat campur tangan proses demokrasi oleh kuasa luar dan yang menghairan­kan perkara ini disokong sesetengah pemimpin pembangkan­g!

“Masa depan negara perlu ditentukan rakyat berasaskan fakta, bukan berita, janji atau harapan palsu semata-mata!,” katanya dalam catatan terbaru di blog www.najibrazak.com, semalam.

Najib berkata, Alhamdulil­lah, melalui usaha kerajaan BN, kedaulatan, keamanan serta keharmonia­n negara terus terpelihar­a.

Namun, katanya, malang sekali usaha itu diganggu sesetengah pihak yang sanggup membelakan­gkan negara dan meminta campur tangan negara asing hanya kerana tamakkan kuasa.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, saya dan kepemimpin­an BN tidak akan sekali-kali berkomprom­i hal kedaulatan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia