Harian Metro

Pelaburan jangka panjang

- Aizat Sharif dan Safuri Kamaruddin news@nstp.com.my

 Abdul Azeez nafi pembelian tanah oleh TH di TRX bagi bantu bayar hutang 1MDB

Pembelian tanah untuk pembanguna­n oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di Tun Razak Exchange (TRX) Kuala Lumpur pada 2015 bukan untuk membantu membayar hutang 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) sebaliknya satu pelaburan jangka panjang.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, dakwaan dilemparka­n pembangkan­g itu, bertujuan memburukka­n institusi pengurusan ibadah haji terbabit secara menimbulka­n keraguan masyarakat yang menabung dengan TH.

“Pembelian tanah di TRX itu bukannya untuk membayar hutang 1MDB. Wang pendeposit tidak hilang, sebaliknya ia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang memberikan pulangan yang baik kepada TH dan pendeposit­nya.

“Jika dinilai secara teliti, harga belian tanah TRX pada tahun 2015 sebanyak RM189 juta atau RM2,774 kaki persegi, tetapi nilainya kini sudah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 kaki persegi,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pecah Tanah Bangunan Tambahan Hospital Pakar Daerah Baling yang dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m di sini, semalam.

Pembinaan bangunan tambahan Hospital Pakar Daerah Baling dijangka mampu memberi kemudahan bukan saja kepada penduduk Baling, tetapi daerah terdekat seperti Pengkalan Hulu dan Gerik.

Selain itu, kesediaan kerajaan meluluskan permohonan pembinaan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak akan dapat memberi manfaat kepada hampir 200,000 penduduk Baling.

Abdul Azeez berkata, peningkata­n nilai sebanyak 8.2 peratus berbanding harga belian, menunjukka­n TH sudah menjana keuntungan hasil pelaburan berkenaan.

“Bagaimanap­un, TH tidak akan menjual tanah berkenaan, sebaliknya akan membangunk­annya. Melalui pembanguna­n ini, ia akan memberi pulangan yang baik kepada TH serta hasilnya memberi manfaat kepada lebih sembilan juta pendeposit melalui hibah tahunan, hibah haji dan subsidi,” katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah menjelaska­n pembelian tanah seluas 1.56 ekar di TRX yang juga lokasi premium itu adalah transaksi komersial hartanah yang biasa dilakukan pelbagai syarikat.

Beliau berkata, harga belian RM189 juta yang dibuat pada 2015, adalah di bawah nilai pasaran pada ketika itu berbanding harga belian oleh syarikat lain.

Katanya, TH merancang untuk membangunk­an tanah terbabit dengan nilai pembanguna­n kasar projek yang dianggarka­n berjumlah RM900 juta.

“Pembanguna­n bersepadu di TRX bakal menjadi sebuah hab kewangan antarabang­sa yang merangkumi konglomera­t bisnes dan kewangan serta pembanguna­n kemudahan infrastruk­tur bertaraf dunia.

“Kami yakin pembanguna­n ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pasaran kerana dibina mengikut keperluan semasa, selain dapat dijual pada harga kompetitif di lokasi premium,” katanya.

 ??  ?? PROJEK pembanguna­n komersial kini giat dilaksana di TRX. Pembelian tanah di TRX itu bukannya untuk membayar hutang 1MDB. Wang pendeposit tidak hilang, sebaliknya ia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang memberikan pulangan yang baik kepada...
PROJEK pembanguna­n komersial kini giat dilaksana di TRX. Pembelian tanah di TRX itu bukannya untuk membayar hutang 1MDB. Wang pendeposit tidak hilang, sebaliknya ia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang memberikan pulangan yang baik kepada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia