Harian Metro

Mahathir balas balik sindiran Hadi

-

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menyifatka­n Presiden PAS itu lebih sesuai menjadi ustaz yang mengajar di kampung berikutan tidak mahir berpolitik.

Bukan itu saja, Dr Mahathir turut ‘menasihati’ Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabang­sa itu supaya mendalami semula ilmu agama agar lebih memahami Islam untuk berceramah dan tidak sewenang-wenangnya mengkafirk­an orang Islam.

“Dia (Abdul Hadi) sepatutnya jangan masuk politik. Dia patut jadi ustaz mengajar di kampung, yang mana dia cukup layak, tapi bidang politik dia tak tau apa pun. Jauh sekali dalam bidang pentadbira­n.

“Tengok apabila (PAS) dapat (memerintah) Terengganu (tahun 1999), apa jadi dengan Terengganu. Sebab itu, saya nasihat Hadi balik ke sekolah ajar agama, agama yang betul bukan yang mengkafirk­an orang.

“Kalau tak tau berkenaan agama Islam, saya boleh bawa dia rujuk al-Quran bahawa mengkafirk­an orang Islam adalah perkara yang dilarang. Pergi belajar lagi fahaman Islam lebih mendalam dan balik sini. Kalau pandai kita boleh bagi jadi pensyarah di universiti Islam,” katanya pada sidang media di Galeri PPBM, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi di Juru, Pulau Pinang kelmarin yang menasihatk­an bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu supaya berkhidmat sebagai doktor di Klinik 1Malaysia untuk berbakti kepada rakyat dan bukannya sibuk menjadi calon untuk pilihan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia