Harian Metro

Siaran langsung khas

- Veena Babulal dan Syalikha Sazili cnews@nstp.com.my

 Media Prima sampai perkembang­an terkini PRU14 kepada umum

Media Prima Berhad (MPB) bakal menyiarkan beberapa siri rancangan khas menerusi kempen

menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menerusi saluran MPB iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9, program khas secara langsung itu menganalis­is dan mengupas pelbagai isu sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian.

Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah berkata, kempen adalah ikhtiar MPB dalam dalam menyampaik­an perkembang­an terkini dan keputusan terpantas sepanjang tempoh PRU14.

“Kempen ini menjadikan semua platform kami di rangkaian televisyen Media Prima Berhad sebagai medium perantara.

“Ini membolehka­n kami menjadi sumber utama rakyat Malaysia mendapat maklumat mengenai proses dan prosedur undian dijalankan tanpa perlu menukar sebarang saluran lain,” katanya pada pelancaran Kempen

di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Kumpulan MPB Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks (MPTN) Johan Ishak serta Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

Bermula 28 April iaitu pada hari penamaan calon hingga menjelang hari pengundian, saluran TV3 akan membawakan laporan pantas dan sahih menerusi program bual bicara Penamaan Calon, Mandat dan Terkini Khas. Program Dakwat di Jari yang disiarkan di saluran TV9 selama 15 episod pula platform bagi wanita menzahirka­n pendapat dan buah fikiran mengenai demokrasi serta harapan mereka.

Sementara itu, saluran ntv7 juga mempunyai dua program yang akan bersiaran dalam tempoh kempen pilihan raya iaitu dan

Buat penonton Tionghua, saluran 8TV akan menyiarkan rancangan

secara langsung dalam bahasa Mandarin bagi membawakan berita terkini selama dua minit.

MPB turut membawakan program khas buat golongan muda, khusus bagi mereka yang kali pertama mengundi, menerusi program di portal NX Digital.

 ??  ?? ISMEE (sebelas dari kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid (sembilan dari kanan), Johan (sembilan dari kiri), Mohd Ashraf (sepuluh dari kiri) dan Abdul Jalil (lapan dari kiri) bersama kru serta pengacara...
ISMEE (sebelas dari kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid (sembilan dari kanan), Johan (sembilan dari kiri), Mohd Ashraf (sepuluh dari kiri) dan Abdul Jalil (lapan dari kiri) bersama kru serta pengacara...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia