Harian Metro

MEMBINA MASA DEPAN CEMERLANG

-

20,000 pengunjung jayakan Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia Zon Utara 2018

Graduan dan pencari kerja di sekitar Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis mula beratur di pintu masuk utama pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim

(SSAH) seawal jam 7 pagi untuk menyertai Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia ( SL1M) Peringkat Zon Utara 2018 yang berlangsun­g selama dua hari.

Menawarkan lebih

9,000 peluang pekerjaan dan latihan, SL1M adalah inisiatif kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menangani isu penganggur­an seraya membantu graduan mendapatka­n pekerjaan dan mengubah nasib diri dan keluarga serta masa depan.

Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Utara 2018 yang berlangsun­g meriah selama dua hari bermula Sabtu lalu berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung.

Perasmian program berkenaan disempurna­kan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah berkata, usaha dilakukan SL1M amat besar ertinya buat anak muda yang ingin mencari pekerjaan.

“Terima kasih kepada SL1M kerana menyediaka­n platform ini kepada anak muda untuk mencari kerja. Suka saya ingatkan, graduan tidak boleh terlalu memilih pekerjaan dan ambillah peluang berharga yang disediakan ini.

“Apa yang penting, pastikan peluang diberikan itu digunakan sebaik mungkin dan serius ketika mengerjaka­nnya supaya mampu mengubah nasib diri serta keluarga,” katanya mengalu-alukan kehadiran SL1M ke negeri jelapang padi itu selepas ini.

Sementara itu, Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail berkata, usaha SL1M yang tidak jemu turun padang ke setiap zon negeri bagi menghulurk­an bantuan dengan tujuan memudahkan graduan dan belia luar bandar mencari pekerjaan.

“Kita di sini untuk membantu mereka, tetapi harus diingat, mereka juga perlu membantu diri sendiri terlebih dahulu supaya ekonomi keluarga dapat ditingkatk­an.

“Majikan sudah membuka pintu mereka di SL1M dan graduan perlu mengambil peluang disediakan itu sebaik mungkin.

“Selepas ini kita berehat dua bulan bagi menjalani ibadah puasa dan seterusnya menyambut Syawal. Justeru, bagi graduan dan pencari kerja yang belum berkesempa­tan mengikuti program ini, mereka masih berpeluang berbuat demikian di peringkat zon timur di Kelantan pada Julai depan,” katanya.

Kedah adalah lokasi ketiga untuk jelajah tahun ini selepas Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah, bulan lalu.

Terdapat 45 syarikat mengambil bahagian kali ini antaranya Maybank, Boustead Holdings Berhad, CCM Duopharma Biotech Berhad, Coway (M) Sdn Bhd, Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd dan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

“Sesi temu duga dijalankan secara langsung oleh syarikat terbabit selain graduan serta pencari kerja boleh meletakkan sendiri di setiap syarikat untuk tindakan lanjut daripada mereka.

“SL1M turut menyediaka­n ceramah kerjaya, klinik gerai makanan dan minuman,

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? NORASHIKIN (dua dari kiri) dan Ahmad Bashah (tengah) beramah mesra bersama pengunjung.
NORASHIKIN (dua dari kiri) dan Ahmad Bashah (tengah) beramah mesra bersama pengunjung.
 ??  ?? PENGUNJUNG membuat pendaftara­n secara dalam talian untuk SL1M Peringkat Zon Utara 2018 yang menawarkan lebih 9,000 peluang pekerjaan.
PENGUNJUNG membuat pendaftara­n secara dalam talian untuk SL1M Peringkat Zon Utara 2018 yang menawarkan lebih 9,000 peluang pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia