Harian Metro

Kali kelima pun boleh...

- Mohd Zulkifli Zainuddin am@hmetro.com.my

 Izat Bukhary tidak tolak bertanding lagi walaupun sudah kalah empat kali

Biarpun empat kali bertanding dan mengalami kekalahan ia tidak mematahkan semangat calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Bagaimanap­un, bekas pensyarah dalam bidang arkitek berusia 51 tahun itu belum dapat mengesahka­n keputusann­ya kerana perlu melihat sumber kewangan dan sokongan pelbagai pihak bagi membantu beliau berkempen.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya bertanding. Saya memang nak bertanding dan inginkan kemenangan supaya dapat menegakkan kebenaran selain ‘memperbetu­lkan’ perkara yang dirasakan perlu terutama dalam pentadbira­n kerajaan negeri.

“Justeru, saya memerlukan sokongan semua pihak termasuk dalam bentuk kewangan supaya perjuangan berlandask­an Islam dibawa saya dapat dilaksanak­an. Kalau calon daripada parti lain mempunyai sumber kewangan secukupnya, sebaliknya saya bergantung kepada sumber sendiri.

“Jika diberi peluang, kemungkina­n saya bertanding di mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kota Bharu iaitu tempat lahir saya,” katanya.

Izat Bukhary yang menggunaka­n logo pen mengakui kekalahan pada PRU13 di DUN Pengkalan Kubor, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor (2014), PRK Chempaka (2015) dan PRK Kuala Kangsar (2016) sebelum ini tidak sesekali mematahkan semangatny­a.

Beliau yang berkelulus­an Ijazah Seni Bina dari Manchester Metropolit­an University berkata, banyak dipelajari sepanjang bertanding dalam pilihan raya namun yakin dengan mesej disampaika­n itu akan diterima orang ramai dan berharap mereka dapat menerima dengan hati terbuka.

“Ramai calon ketika ini memperguna­kan agama dan parti demi kepentinga­n sendiri bagi meraih sokongan. Berbeza dengan saya yang bertanding menggunaka­n tiket Bebas dan tidak terikat, sekali gus memudahkan saya menasihati mereka dalam dewan jika didapati tindakan mereka tidak betul.

“Kebanyakan orang ramai ketika ini terlalu taasub dengan sesebuah parti walaupun wakil rakyat yang dipilih mereka tidak meMIC nunaikan tanggungja­wab dan gagal melaksanak­an janjinya selepas menang.

“Saya tidak mahu berjanji macam-macam demi mendapat sokongan, sebaliknya saya melaksanak­an apa sepatutnya dan meninggalk­an apa dilarang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia