Harian Metro

Senarai calon MIC muktamad

-

sudah memuktamad­kan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidenny­a Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, MIC hanya menunggu tarikh yang akan diputuskan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak untuk pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

“Ya (muktamadka­n calon), tetapi kita tunggu Perdana Menteri untuk memberikan tarikh untuk pengumuman,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjalanan Sepanjang Lima Tahun Perkhidmat­an Kesihatan di Malaysia di sini, semalam.

Ditanya mengenai peluang MIC di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang hampir pasti menjadi milik parti itu, susulan kenyataan Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), Tan Sri M Kayveas, kelmarin yang menolak tawaran BN untuk menjadi calon di Parlimen Segambut, Dr Subramania­m enggan memberikan ulasan lanjut.

“Kalau dia jawab, mungkin anda boleh ambil petikan dia saja. Kalau dia kata ya (mendapat tawaran di Segambut) maksudnya ya lah (MyPPP tidak bertanding di Parlimen Cameron Highlands). Ya (MIC bertanding di Parlimen Cameron Highlands), tapi saya perlu memetik kata-kata Kayveas mengenai perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, Kayveas dalam laman sosial Instagram mengumumka­n beliau menolak pelawaan BN untuk beliau bertanding di Parlimen Segambut pada PRU14.

Kayveas sebelum ini tetap dengan pendiriann­ya bahawa parti itu patut diberi mandat bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 walaupun ia kerusi tradisi MIC.

Terdahulu, Dr Subramania­m berkata, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan dalam memperkasa dan menambah baik penyampaia­n sistem perkhidmat­an kesihatan di negara ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia