Harian Metro

Kepercayaa­n penuh kepada kepemimpin­an tertinggi

-

MCA terus meletakkan sepenuh kepercayaa­n kepada kepemimpin­an tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi menyelesai­kan pembahagia­n kerusi antara parti dalam komponen berkenaan.

Presiden MCA Datuk

Seri Liow Tiong Lai yakin perbincang­an tertutup dengan pemimpin parti mampu mencapai kata sepakat dan kerjasama antara parti komponen.

“(Isu) Pembahagia­n kerusi kita tunggu keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Cuma nak maklumkan, semua pembahagia­n kerusi akan dibincangk­an secara dalaman,” katanya.

Beliau mengulas isu pertukaran kerusi antara MCA dengan UMNO, antaranya membabitka­n kerusi panas Parlimen Bandar Tun Razak pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Pajakan Tanah 99 tahun untuk pembinaan kompleks sukan Sekolah Menengah Persendiri­an (SMP) Chong Hwa di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Tan Sri Lim Keng Cheng.

Ketika ditanya BN sudah memuktamad­kan 90 peratus senarai calon lengkap untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),

Liow meminta semua pihak menunggu tarikh pengumuman calon BN dijangka seminggu atau 10 hari lebih awal dari tarikh penamaan calon, pada 28 April ini.

“Senarai calon (MCA) diterima PM. Kita tunggu tarikh pengumuman calon,” katanya.

Ketika ditanya amanat PM dalam pertemuan tertutup bersama 13 pemimpin BN di kediaman rasmi PM di Seri Perdana, semalam Liow berkata, pertemuan itu bagi menghargai jasa, perkhidmat­an dan taat setia Ahli Parlimen kepada parti dalam tempoh lima tahun pentadbira­n Najib.

“Perdana Menteri memberi kata-kata semangat pada ahli

Parlimen dan menghargai sumbangan kita. (Ini) untuk memastikan kita (pemimpin BN) melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik.

“Kita berjaya menunaikan janji lima tahun lalu, (jadi) kita tengok (teliti) janji lima tahun akan datang untuk majukan negara ke tahap lebih tinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia