Harian Metro

Rela habis duit

- Amir Abd Hamid amir_hamid@nstp.com.my

 Lelaki gila kumpul koleksi Star Wars

Kegilaan terhadap siri peperangan di angkasa lepas, Star Wars menyebabka­n seorang pemuda sanggup berhabis RM50,000 untuk mengumpul koleksi Lego Star Wars sejak empat tahun lalu.

Mohd Faizol Ismail, 35, menganggar­kan RM20,000 bagi memiliki askar dan pemimpin perang dalam siri Star Wars selain membeli bata Lego buat model kapal angkasa dalam siri itu.

Dia mula mengumpul koleksi selepas teruja melihat rakan meminati hobi sama berfantasi apabila bermain set Lego siri fiksyen popular Amerika Syarikat (AS) itu.

“Sejak terjebak dengan hobi ini di penghujung 2014, saya tidak menoleh ke belakang. Alat kecil yang berterabur apabila digabungka­n menjadi set lengkap yang memberi kepuasan.

“Setiap kali balik ke rumah, saya ke bilik khas menyimpan koleksi ini melihat askar mini Stormtroop­er dan Resistance,” katanya.

Menurutnya, koleksi paling disayangi adalah koleksi askar yang dikumpul sedikit demi sedikit.

Mohd Faizol berkata, 2,000 askar yang dikumpulny­a jika hidup boleh berperang.

“Set paling mahal dibeli setakat ini ialah kapal perang

berharga RM3,499.

“Saya belum sempat pasang sebab baru dimiliki. Saya diberitahu rakan jika mahu pasang set dengan 7,541 bahagian kecil mengambil masa dua hari.

“Kapal perang

dianggap ibu segala Lego Star Wars walaupun belum berkesempa­tan untuk memasang atas faktor kesibukan pekerjaan,” katanya.

Dia mengimpika­n memiliki rumah yang berkonsepk­an Lego Star Wars dengan Stormtroop­ers, Resistance, Darth Vader, Jedi, Princess Leia dan Kylo Ren dalam siri itu menghiasi kediamanny­a kelak.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 2,000 askar yang dikumpulny­a.
MOHD Faizol menunjukka­n koleksi dalam bilik khas di rumahnya di Putrajaya.
SEBAHAGIAN daripada 2,000 askar yang dikumpulny­a. MOHD Faizol menunjukka­n koleksi dalam bilik khas di rumahnya di Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia