Harian Metro

Selebriti bersatu tangani buli siber

-

Kuala Lumpur: Bagi meningkatk­an kesedaran kepada orang ramai, sekumpulan selebriti tempatan berganding bahu dalam usaha menangani isu buli siber dan penyebaran berita palsu.

Kempen hasil cetusan idea personalit­i popular, Neelofa itu dilaksanak­an menerusi kolaborasi bersama dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohamed Salleh Said Keruak berkata, kementeria­n amat berterima kasih atas keprihatin­an dan kesungguha­n artis dalam melawan buli siber dan penyebaran berita palsu.

“Kita tahu kedua-dua ancaman ini bukan sahaja boleh menjejaska­n prestasi malah mampu rosakkan reputasi setiap individu yang terpalit dengan isu sebegini.

“Selain artis, semua lapisan masyarakat sewajarnya bekerjasam­a menangani isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n kempen Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu di KLPAC, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Antara personalit­i yang terbabit dalam kempen berkenaan adalah Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Alex Yoong dan Adibah Noor.

Sementara itu, Pengarah Urusan Tall Order Production­s Sdn Bhd yang juga pengarah kempen, Datuk Hans Isaac, berkata kempen berkenaan akan berlangsun­g bermula hari ini sehingga September hadapan.

“Rakan-rakan selebriti akan bersama-sama menggunaka­n platform media sosial, elektronik dan cetak bagi memastikan kempen ini berjalan lancar.

“Kita akan bawa rakan artis ke sekolah-sekolah menerusi siri jelajah secara berperingk­at bagi membangkit­kan kesedaran awam berhubung buli siber dan penyebaran maklumat palsu.

“Apa saja kita lakukan dalam hidup ini, jangan fokus pada yang negatif saja dan paling penting, fikir dulu sebelum muat naik atau komen dalam laman media sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia