Harian Metro

Takut Maya sampai ke Jerman

-

Kuala Lumpur: Pelakon popular Maya Karin pernah berdepan dengan kes buli siber yang serius hingga mengancam keselamata­nnya dan keluarga pada Ogos tahun lalu.

Maya, 37, berkata, kes itu membabitka­n seorang wanita berusia 20-an yang menghantar mesej berbaur ugutan secara berterusan di Facebook, Twitter dan Instagram peribadi Maya.

“Ia bukan setakat kecaman yang mengganggu mental, tetapi lebih teruk lagi ugutan melampau hingga babitkan keselamata­n ahli keluarga saya di Jerman,” katanya yang turut membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Maya berkata, dia membuat laporan itu selepas berbincang dengan ahli kelurga dan mendapat nasihat daripada adiknya yang juga seorang peguam.

“Ia adalah kes buli siber paling serius pernah saya alami sepanjang bergelar selebriti. Selama ini saya sudah lali dengan pelbagai kecaman tetapi kes buli siber ini sangat serius kerana ia mengancam keluarga.

“Ahli keluarga saya sangat terkejut dengan pelbagai ugutan yang dihantar ke media sosial saya itu,” katanya pada majlis pelancaran kempen tanggung jawab sosial, Akhiri Buli Siber dan penyebaran maklumat palsu di KLPac, di sini, semalam.

Maya berkata, dia juga lega kerana pembuli siber itu sudah ditahan di Melaka, baru-baru ini.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak polis kerana cepat mengambil tindakan kerana tidak sampai sebulan dia berjaya ditahan.

“Selepas disiasat, suspek bukanlah peminat fanatik dan saya tidak kenal dia siapa kerana dia menggunaka­n akaun palsu,” katanya.

Katanya, dia berharap kes buli siber membabitka­n dirinya itu dapat memberi pengajaran kepada orang lain.

“Saya berharap mereka yang menjadi mangsa buli siber memandang serius perkara itu dan membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan segera,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN artis yang hadir pada majlis pelancaran Kempen Tanggungja­wab Sosial Akhiri Buli Siber & Penyebaran Maklumat Palsu di Black Box, KLPac, semalam.
SEBAHAGIAN artis yang hadir pada majlis pelancaran Kempen Tanggungja­wab Sosial Akhiri Buli Siber & Penyebaran Maklumat Palsu di Black Box, KLPac, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia