Harian Metro

Tazkirah imbangi sifat lupa

- Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Manusia yang bergelar insan itu tidak kira tua atau muda memang tidak terlepas daripada lupa sesuai dengan perkataan insan itu sendiri yang berasal daripada kata dasar bahasa Arab nasia yang bermaksud dia sudah lupa.

Lantas apabila lupa, maka ada orang yang akan mengingatk­an kita sama ada orang yang terdekat ataupun orang lain seperti sahabat-handai yang prihatin untuk mengingatk­an.

Orang boleh terlupa macam-macam, ada yang terlupa nombor telefon, ada yang terlupa temu janji, ada yang terlupa jadual penerbanga­n dan ada yang tidak ingat dengan kawan zaman persekolah­an.

Dalam kehidupan seharian kita sering diperingat­kan umpamanya semasa memandu di lebuh raya kita akan bertemu papan tanda yang mengingatk­an umpamanya agar memperlaha­nkan pemanduan ketika melalui kawasan angin lintang.

Sehinggaka­n pada kotak rokok ada tertulis amaran Kementeria­n Kesihatan Malaysia mengenai bahaya merokok sebagai satu sikap prihatin pemerintah melalui peringatan kepada konsumer rokok.

Tazkirah ertinya peringatan atau rambu-rambu petunjuk dan penyampai peringatan disebut muzakkir dan al-Quran disebut juga sebagai tazkirah atau peringatan.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhn­ya kamu adalah muzakkir.” (QS al-Ghasyiyah 88: 21), yang membawa maksud bahawa tugas Nabi SAW adalah untuk memberi peringatan.

Mauizah pula ertinya pengajaran atau nasihat, misalnya, mauizah hasanah, pelajaran atau nasihat yang baik dan Allah SWT berfirman: “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.” QS an Nahl, 16: 125)

Sementara tabligh bererti penyampaia­n ajaran Allah SWT kepada manusia dan penyampain­ya disebut mubaligh dan Rasulullah SAW diwajibkan menyampaik­an risalah Allah kepada manusia dan Allah SWT berfirman: “Hai rasul, sampaikanl­ah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.” (QS al-Maidah, 67)

Manusia yang mudah lupa perlu diperingat­kan dengan tazkirah dan mauizah sama ada dengan majlis taklim iaitu menuntut ilmu atau bayan iaitu penerangan dengan menyampaik­an atau tabligh yang mengingatk­an mengenai iman dan Islam serta berzikir kepada Allah SWT.

Di antara perkara mulia yang sewajarnya menjadi kesibukan kita adalah menuntut ilmu dan orang yang memiliki ilmu akan dapat membezakan antara petunjuk dan kesesatan, kebenaran dan kebatilan, sunnah dan bid’ah.

Maka ilmu adalah perkara mulia yang hendaknya menjadi perhatian setiap Muslim, perkara yang harus diutamakan kerana ilmu itu lebih didahuluka­n daripada perkataan dan perbuatan.

Al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali mengatakan: “Ilmu yang bermanfaat adalah mempelajar­i al-Quran dan sunnah serta memahami makna kandungan kedua-duanya dengan pemahaman sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.

Ilmu adalah sebab kebaikan di dunia dan akhirat dan Nabi SAW bersabda: “Barangsiap­a yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam agama.” (Muttafaq ‘alaihi)

Dengan ilmu kita dapat menjaga diri daripada pelbagai syubahat dan pemikiran yang menyerang dan dengan ilmu juga kita dapat membantah argumentas­i orang yang ingin merosakkan agama.

Dengan ilmu kita boleh beribadat yang benar sehingga akan menghantar­kan kita kepada syurga Allah SWT dan Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka akan Allah mudahkan jalannya menuju syurga.” (HR. Muslim)

Kini lorong untuk menuntut ilmu terbentang luas dengan segala sarana yang dimudahkan Allah SWT dengan belajar di pondok pesantren, institusi agama, majlis taklim dan dauroh serta program melalui TV dan radio.

Boleh dikatakan setiap malam semua masjid di negara ini diimarahka­n dengan program tazkirah dan kuliah Subuh serta kuliah mingguan seperti kuliah dhuha. Program al-Quran yang menggamit beberapa langkah saja ke rumah Allah.

Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menganjurk­an Program Membudayak­an Ilmu (Tazkirah Jumaat) dan program ini dilaksanak­an sebulan sekali secara santai di Laman Sakinah, Bangunan Sultan Idris Shah yang dihadiri kakitangan awam.

Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) melalui

Bahagian Dakwah dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutua­n dengan kerjasama beberapa agensi lain pula mengadakan Program Mesra Komuniti yang diadakan bagi menyampaik­an input dakwah secara bil hal di beberapa lokasi.

Menuntut ilmu adalah proses yang berterusan dan kita tidak boleh merasa puas dengan ilmu yang kita garap selama ini baik di bangku sekolah ataupun universiti kerana ilmu itu sebaik-baiknya diikuti dengan amalan yang berterusan iaitu istiqamah.

Jangan pula ada yang beranggapa­n apabila sudah menunaikan Rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji kita boleh berehat sebaliknya proses menadah kitab menambahka­n ilmu harus diteruskan dengan menghadiri program tazkirah.

Tazkirah itu bersifat ingat mengingati maka dengan menghadiri kuliah di masjid ataupun juga di premis ilmu yang lain ia akan menjadi satu pengukuhan dan memantapka­n pegangan kita dengan agama dan ilmu menjadi sebagai perisai dan pedoman.

Pertemuan dengan anggota jamaah akan mengukuhka­n ukhuwah dan masjid adalah tempat untuk bertukar-tukar fikiran dan di samping niat berbadat ia akan menjadi sumber ketenangan kerana di situlah kita sujud mengadu kepada Tuhan Pencipta segalanya Allah Robbul Jalil.

Kita hendaklah merendahka­n diri dan tidak berbangga dengan ilmu di dada serta apabila ada orang yang menegur kekurangan kita, anggaplah ia sebagai tazkirah dan kita menerima dengan dada yang lapang dan tenang.

 ??  ??
 ??  ?? Mejar (B) Ramli
Abdul Rahim
Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia