Harian Metro

Bersatu pertahan Islam

- Penulis wartawan Harian Metro

 Perkukuh barisan untuk hadapi pelbagai ancaman musuh

Selepas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membaca teks ‘Pemasyhura­n Kemerdekaa­n’ di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, seluruh rakyat yang hadir ketika itu menyambut dengan penuh semangat laungan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali.

Detik bersejarah itu menandakan secara rasminya pemerintah­an Persekutua­n Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British.

Serentak dengan itu, bendera Persekutua­n Tanah Melayu dinaikkan dan buat kali pertama lagu kebangsaan Negaraku diperdenga­rkan.

Pada hari bersejarah itu juga, azan turut dilaungkan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutua­n Tanah Melayu.

Jelas kepada kita, Perlembaga­an Persekutua­n bukan saja memartabat­kan kedaulatan Islam sebagai agama negara, malah mewajibkan negara ini memelihara kedaulatan agama Islam pada setiap masa.

Dalam Perkara 37 Fasal 1, mewajibkan ketua tertinggi negara iaitu Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah negara dengan lafaz Rabbani - Wallahi, Wabillahi, Watallahi - untuk memelihara agama Islam pada setiap masa.

Bagaimanap­un, sejak akhir-akhir ini, ada kumpulan terutama pendukung idea liberalism­e serta pluralisme yang mula dilihat mencabar kedaulatan agama Islam.

Apa yang disuarakan antaranya mereka mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhka­n serta meminda atau memansuhka­n beberapa undang-undang syariah tas dasar menjaga kepentinga­n hak asasi manusia.

Ini termasuk cadangan memansuhka­n hukuman berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang yang termaktub dalam Perlembaga­an.

Umat Islam perlu sedar, semakin hari semakin ‘kencang’ usaha dimainkan musuh Islam itu untuk melemahkan serta memesongka­n umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan? Nabi SAW menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Riwayat Muslim)

Kelmarin, penulis menghadiri program Deklarasi Ijtimak Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) di Universiti Putra Malaysia.

Program itu antara lain mengumpulk­an suara umat Islam bagi menuntut kerajaan dan pihak berkaitan politik menjamin kedaulatan Islam selaras dengan peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n.

Tujuh tuntutan yang disuarakan adalah: Berpegang teguh kepada prinsip daulatkan Islam agama negara, menghormat­i prinsippri­nsip ajaran Islam sebagai agama negara, menunaikan kewajipan-kewajipan yang tersurat atau tersirat bagi memelihara kedaulatan agama Islam, menjauhi dan menolak sebarang bentuk kritikan bersifat penghinaan atau memperleke­h kesucian agama Islam dan mengambil tindakan drastik untuk menghalang dan menghakisn­ya.

Selain itu, menyemai semangat menghormat­i kedaulatan Islam dan Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia dan di persada antarabang­sa, mengambil langkah mencegah dan menghakis sebarang kegiatan berunsurka­n ancaman terhadap kedaulatan Islam dan mengambil tindakan positif secara berintegri­ti ke arah menyemarak dan memperkuku­h kedaulatan Islam.

Pengerusi Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, jika diimbas kembali sejarah, sewaktu bangsa Melayu berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman pada 1946, ketika itu British mengawal dengan senjata bagi menakutkan mereka.

Menurutnya, bagaimanap­un seluruh umat Islam terdiri daripada 41 pertubuhan Melayu Islam ketika itu bersatu demi mencapai kemerdekaa­n dan seterusnya membentuk Perlembaga­an.

“Hari ini kita lihat bagaimana umat Islam berpecah. Islam sebenarnya hanya dapat didaulatka­n dengan kuasa. Rasulullah

SAW juga menyaranka­n umat Islam supaya bersama dengan jemaah.

“Jemaah itu ditafsirka­n oleh ulama sebagai umat Islam yang bersama dengan pemerintah. Imam Malik RA ada menyatakan, umat akhir ini tidak akan jadi baik, kuat dan kukuh melainkan apa yang umat terdahulu kukuhkan.

“Dalam konteks ini, bagaimana Islam dapat didaulatka­n dan diletakkan dalam Perlembaga­an negara ketika umat Islam amat lemah ketika di bawah pemerintah­an British.

“Kita lemah dari semua segi. Bagaimanap­un, hasil semangat dan perpaduan orang Melayu terdiri daripada pemimpin, rakyat dan Raja-Raja Melayu berjaya menegakkan kedaulatan Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam menghadapi pebagai cabaran melanda umat Islam, tiada cara lain melainkan kembali bersatu.

“Bersatu perlu juga dilihat dalam konteks syarak. Perjuangan menegakkan Islam itu perlu berterusan bersama pemerintah.

“Begitulah yang terjadi apabila umat Islam berjaya menawan Kota Konstantin­opel. Mereka bersatu di bawah pemerintah­an Sultan Muhammad al-Fatih,” katanya.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Othman menyatakan, sudah tiba masanya umat Islam menzahirka­n kekuatan dan kemuliaan Islam.

“Umat Islam tidak boleh bersekongk­ol dan membiarkan sesiapa saja yang cuba meruntuhka­n Islam sebagai agama Persekutua­n di negara ini.

“Mahukah kita tergolong dalam kalangan mereka yang zalim kerana bekerjasam­a dengan pihak yang cuba menjadikan negara ini sebagai negara sekular?

“Bagi mendapatka­n keberkatan daripada Allah SWT, bermula hari ini kita ajak seluruh keluarga melaksanak­an solat secara berjemaah.

“Dari situ, ia akan membentuk masyarakat yang sayang kepada agamanya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia