Harian Metro

Usah persia sedetik waktu di dunia

-

Semua umat Islam mengetahui hakikat dan fakta, sehari kehidupan di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia.

Jika seorang dapat menikmati sedetik kenikmatan di sana, nilainya bersamaan dengan 48 hari di dunia.

Sebab itu, waktu yang sangat pendek di dunia ini tidak boleh dipersiaka­n.

Bagaimana pula nasib mereka yang dihumban ke neraka? Bagaimana hendak menghadapi walau sedetik seksaan yang kiraannya sama dengan 48 hari di dunia? Nauzubilla­h.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka berkata, kami tidak sekali-kali akan disentuh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu.”

Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji daripada Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahui­nya?” (Surah al-Baqarah, ayat 80)

Persoalann­ya, walaupun Allah SWT memberikan hukuman sehari di dalam neraka, adakah kita mampu menahan seksaan yang amat dahsyat selama 1,000 tahun lamanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah mentadbirk­an makhlukmak­hluk-Nya (bagi melaksanak­an tadbir-Nya itu. Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi, kemudian diangkat naik kepada pengetahua­n-Nya (segala yang berlaku daripada pelaksanaa­n tadbir-Nya itu untuk dihakimi-Nya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. (Surah as-Sajdah, ayat 5)

Sebagai manusia yang lemah dan melakukan banyak maksiat, kita jarang mengenang dosa yang kita lakukan. Sepanjang usia kita sehingga ke hari ini, pernahkah kita menangis kerana mengenangk­an dosa yang dilakukan?

Tangisan paling istimewa seorang hamba adalah datangnya daripada hati yang benar-benar mengagungk­an Allah SWT.

Seandainya terlalu sukar menangis, itu menandakan hati kita terlalu kotor. Air mata yang mengalir bukan perkara yang sia-sia.

Rasulullah SAW kerap menangis ketika mengagungk­an Allah SWT dan mengenangk­an azab yang akan ditimpakan Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bagi Allah jualah tunduk dan sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, daripada makhlukmak­hluk yang bergerak serta malaikat, sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepada-Nya). Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaan-Nya) serta mereka mengerjaka­n apa yang diperintah­kan.” (Surah an-Nahl, ayat 49-50)

Ketika manusia dikumpulka­n di padang mahsyar kelak, keadaan ketika itu sangat kelam-kabut.

Manusia juga sentiasa berasa gusar kerana memikirkan amalan mereka akan dihitung dan diperlihat­kan.

Justeru, dalam hidup ini kita perlu menangis memohon kepada Allah SWT supaya melepaskan diri daripada menerima azab dan seksaan neraka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia